Rahsia Membeli Honda Civic Cash

Sebelum saya ke Australia tempohari saya sempat bersembang dengan seorang pakcik pemandu teksi dalam perjalanan saya ke stesen LRT, kami bersembang tentang kos transportasi.

Sesuatu yg boleh difikirkan jika anda berfikir utk membeli sebuah kereta utk kegunaan anda, dibawah ini terdapat 2 senario. fikirkanlah. Adakah anda masih akan membeli sebuah kereta selepas ini.

Senario satu

Bekeluarga anak 3. Bercadang membeli kereta utk kegunaan sendiri dan keluarga.

Harga kereta = RM60K on the road.
Bayaran bulanan = RM500.
Bayaran Petrol Bulanan = RM350
Bayaran Tol bulanan = RM150
Roadtax dan insurance tahunan = RM1200 setahun,
secara purata kos sebuah kenderaan sedan utk digunakan kepejabat tidak termasuk pulang kekampung dan sebagainya lebih kurang RM13,200 setahun atau RM1100 sebulan selama 7 tahun atau lebih.
Kos diatas tidak termasuk kos2 sampingan seperti servise kos, rosak dan juga parking.

Bayangkan jika anda mempunyai 2 buah kereta sedemikian?? kosnya akan meningkat 2 kali ganda atau lebih.

Senario kedua

Bujang dan hanya beli kereta sebab kawan-kawan lain beli kereta (dan cuba menyakinkan diri ianya adalah sesuatu yg baik malah cuba sedara upaya utk tipu diri sendiri ianya adalah satu keperluan).

Harga kereta = RM40K on the road (beli kete baru murah).
Bayaran bulanan = RM380.
Bayaran Petrol Bulanan = RM300
Bayaran Tol bulanan = RM150
Roadtax dan insurance tahunan = RM700 setahun,
secara purata kos sebuah kenderaan sedan utk digunakan kepejabat tidak termasuk pulang kekampung dan sebagainya lebih kurang RM10,660 setahun atau RM888 sebulan selama 7 tahun atau lebih.
Kos diatas tidak termasuk kos2 sampingan seperti servise kos, rosak dan juga parking.

Sekarang, cuba bayangkan scenario ini pula.

Anda bekeluarga dan masih memerlukan kereta (kebebasan utk bergerak, kononnya). Tetapi anda mengambil keputusan bertentangan dengan kehidupan normal orang MELAYU.

Anda membuat keputusan utk menyewa 2 buah teksi utk menghantar anda dan isteri anda ke tempat kerja setiap hari dengan kos RM500 sebuah = RM1K utk dua buah teksi.

RM1100 X 2 buah kereta = RM2200
RM500 X 2 buah sewa teksi = RM1K
penjimatan bulanan = RM1200.

Dalam masa 24 bulan, anda mengmbil kesempatan utk beli sebuah kenderaan khas utk berjalan balik kampung dll secara tunai.

Daripada penjimatan = RM1200 X 24 bulan = RM28,800.

Utk RM28,800 anda boleh beli pacuan 4 roda secara tunai , Mercedes tunai, BMW tunai, Jaguar tunai, MPV tunai dan sebagainya. Persoalannya ialah anda nak ke beli kereta 2nd hand berumur 4 tahun secara tunai? atau anda takut dikatakan org kelak?

Malah anda mampu membeli kereta Honda Civic tunai, dalam masa 8 tahun:

Daripada penjimatan = RM1200 x 12 bulan x 8 tahun = RM115,200

Pernah anda terfikir untuk mencuba scenario diatas? Pernah anda terfikir kenapa anda buat apa yg kebanyakan org lain buat? adakah kerana ianya baik utk anda atau kenapa anda menjadi Pak turut dan ikut sahaja seperti seorang yg lurus bendul.

untuk scenario kedua (bujang), tidak perlu saya bagi contoh penuh, rasanya anda boleh fikir sendiri bukan kesan besar kewangan anda sebab ikut2 kenkawan yg mempunyai mentaliti “biar papa asal bergaya”.

Teman wanita saya mempunyai pendapatan sekitar RM1600 sebulan. kos pengangkutan beliau hanya sekitar RM120 sebulan sebab dia naik LRT pergi dan pulang kerja, beliau boleh menyimpan sebanyak RM1k sebulan dan mempunyai 2 buah rumah sewa, semuanya berlaku kurang dari 3 tahun berkenalan dengan saya. Sebelum ini beliau tidak langsung boleh menyimpan dan mempunyai hutang yg perlu dibayar. Kini tidak lagi.

Anda rasa beliau boleh menyimpan RM1K sebulan secara kebetulan atau beliau telah mengubah cara beliau berfikir? Secara purata saya rasa simpanan serta asset beliau melebihi kebanyakan pembaca forum ini.

Bila sesekali nak bergaya balik kampung, boleh sewa BMW600
utk 3 hari. itu rasanya lebih murah dari bayar kos pengangkutan hampir atau lebih 1K sebulan selama 7 tahun atau lebih.

Nilai sesebuah kereta baru susut lebih 60% dari nilai asalnya dalam masa 4 tahun. Fikir-fikirkanlah. Kenapa perlu beli atau simpan sesuatu yg susut nilai? kenapa tidak biar org lain tolong bayarkan 60% tersebut dan anda hanya bayar 40% daripada nilainya, bg saya itu satu diskaun yg besar. Saya sudah tidak mempunyai kereta hampir 2 tahun. Saya rasa lebih bebas dari memiliki kereta. Rasanya ini merupakan satu perkspektif berbeza bukan? kenapa anda tidak pernah terfikir tentangnya? adakah anda “ASSUME” anda tahu semunya tanpa membuat sebarang kajian?

Saya tidak kata tidak boleh membeli kereta, tapi ada cara yg lebih baik dari apa yg anda lakukan sekarang, hanya mengikut org lain atau salesman sahaja tanpa usul periksa.

This entry was posted on Friday, August 22nd, 2008 at 8:14 am and is filed under Investment. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply