JAKIM Dan Status Halal
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita.
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?
Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
February 12th, 2009 at 12:27 pm
did marrybrown halal?? can u tell me?????
February 18th, 2009 at 11:35 am
what is the halal status of ‘Sushi King’?
December 25th, 2009 at 3:46 am
Apakah JENAMA dan JENIS pewarna rambut yg dibolehkan dalam ISLAM?
August 27th, 2010 at 9:57 pm
adakan pencuci pinggan AXION halal??
September 2nd, 2010 at 12:54 am
bagaimana dengan hukum meluruskan rambut? adakah telap air bahan yang digunakan sebagai pelurus rambut?
September 21st, 2010 at 2:29 pm
terima ksih ats mklumat yang dibrikan
semoga allh shaja yang mmblas budi
October 30th, 2010 at 2:45 am
seven seas halal tak?
November 18th, 2010 at 8:54 am
Bagaimana dengan inai ready made. Adakah ianya halal. memandangkan makin sukar utk mencari pokok inai ramai yang beralih arah ke mehendi (inai dlm tube).
November 24th, 2010 at 3:32 am
ADAKAH COKLAT JENAMA “KINDERJOYS” DAN “BUENO” YANG DIIKLANKAN DI KACA TV ADALAH BERSTATUS HALAL?
November 24th, 2010 at 3:34 am
ADAKAH COKLAT JENAMA “KINDERJOYS” DAN “BUENO” YANG DIIKLANKAN DI KACA TV ADALAH BERSTATUS HALAL?
November 30th, 2010 at 2:05 am
Salam saya ingin memastikan sama ada Johhny’s Restaurant dan Dagan/ Rengit Kopitiam ada sijil halal dr JAKIM atau tidak
December 24th, 2010 at 1:22 pm
assalamualaikum..saya nk tnya ckit pasal produk Nutrigen bg yogurt LiteYo samada halal ataupun tidak..
January 22nd, 2011 at 1:50 am
Salam,
Sy ingin tahu apa status halal restoran ss2 Murni di petaling jaya. tk
February 15th, 2011 at 3:25 am
assalam
bagaimana penggunaan minyak YU Yee Cap
Limau..dibolehkan atau tidak?..
February 20th, 2011 at 10:40 am
la boheme
February 20th, 2011 at 10:40 am
la boheme?
February 21st, 2011 at 6:47 am
Pewarna rambut shurrah adakah ianya halal?
February 26th, 2011 at 3:21 am
salam.. saya nak tanya.. adakah restaurant BIG APPLE’s DONUT COFFEE tu ader pengesahan halal dr jakim??
March 21st, 2011 at 3:51 am
salam..
Adakah susu tepung keluaran mead johnson iaitu “Enfalec A+” dan “Enfagrow A+” itu halal?
Adakah tanda halal yang dikeluarkan oleh “THE CENTRAL ISLAMIC COMMITTEE OF THAILAND” diluluskan oleh jakim?
April 12th, 2011 at 1:44 am
aunties anne halal tak?
April 15th, 2011 at 11:50 pm
cool blog tu halal tak?
May 3rd, 2011 at 2:39 pm
assalamualaikum…saya ingin tahu tentang status terbaru coffee Bean. adakah ianya masih halal atau tidak?kerana uar-uar mengatakan pembuatan minuman di Coffee Bean dan Starbucks ada meletakkan bahan2 perisa yang tidak halal….
May 7th, 2011 at 9:01 am
nk tny minyak yu yee halal dan boleh di gunakan tak?
May 19th, 2011 at 1:20 pm
minyak yu yee bole digunakan utk orang islam atau sebalik nya
May 23rd, 2011 at 3:45 am
salam.. haw flakes@ asam gambir halal atau tidak? sy perlu jawapan segera.terima kasih
May 26th, 2011 at 3:04 am
Secret Recipe betul ke sudah halal skrang..bagaimana pula dgn Big Apple..:-/
May 27th, 2011 at 2:20 pm
Banyak cokelat impot contohnya Feraro Roche dan Daim cake ada mengandungi ‘whey’.Mengikut maklumat dlm. internet whey adalah produk dari susu. Tetapi saya pernah baca bahawa whey adalah bahan yg. dicemari dengan tulang khinzir.Bagaimanakah status produk ini?
May 27th, 2011 at 2:33 pm
Banyak produk makanan di pasaran mempunyai label Halal yg.dikeluarkan oleh negara luar. Adakah pihak luar negara juga membuat pemantauan yg. berpatutan?
May 30th, 2011 at 2:54 pm
assalamualaikum,
nak tanya,
ape hukum b orgagi yg jual pwarna rambut yg takde logo halal?
May 30th, 2011 at 2:56 pm
assalamualaikum,
nak tanya,
ape hukum bagi org yg jual pwarna rambut?
June 1st, 2011 at 5:42 am
sijil puratos kena tarik sebab tepung ade babi…secret recipe ade guna tepung tu…pastu kite tk leh makan secret recipe la sebab pinggan mangkuk diorang tk sertu?kalau salah betulkan…
June 9th, 2011 at 8:06 am
Assalamualaikum,
Saya ingin tahu status halal kedai Big Apple Doughnut & Coffee di seluruh Malaysia. 10 Q!
June 27th, 2011 at 7:56 am
salam,,,saya nk tnye adakh minyk yu yi utk baby tu skarng tdk bleh d guna lg???sbb kwan saya ada bgthu mnyk yuyi tu ada cmpur dgn unsur2 babi btul ke????
June 27th, 2011 at 7:57 am
salam,,saya nk tnye btul ke mnyak yuyi utk baby tu ada cmpur dgn lmk babi???
June 28th, 2011 at 2:54 pm
Assalamualikum..,
Saya ingin tahu kenapa mentega golden tidak halal, sedangkan selama ini kita sentiasa menggunakan nya.
July 11th, 2011 at 2:22 am
adakh produk johnson baby,diiktiraf halal?
July 15th, 2011 at 12:37 pm
gula2 dari china halal kex terlalu banyak dijual pada kanak2
July 19th, 2011 at 1:37 pm
Assalamualaikum… Saya nak tahu adakah produk makanan kesihatan dari Syarikat 4Life Research dari negara Amerika benar-benar HALAL yangmana difahamkan ia mendapat Sijil HALAL dari INFANCA? Adakah INFANCA sebuah badan yang mengeluarkan Sijil HALAL diiktiraf oleh JAKIM? Adakah boleh sebagai orang Islam menerima tanpa was-was produk yang ada Sijil Halal INFANCA?
July 20th, 2011 at 12:24 pm
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
saya nak tanya..Adakah Syarikat Aiskrim Taluwang Sdn.Bhd yg beralamat di Lot 35,Beverly Hills Industerial Off Jln Penampang Lama. Jln Bundusan Kota Kinabalu, memiliki status Halal..Ini kerana saya ingin membuat lawatan ke sana dengan pelajar2 sekolah…terima kasih
August 20th, 2011 at 12:23 am
adakah products supplements dari syarikat GNC halal?
March 7th, 2012 at 11:35 pm
kenapa jakim tak.keluar je buku halal,haram or android or apple aps pasal halal haram..
April 30th, 2012 at 8:41 am
adakah asam haw flakes halal untuk di makan
October 28th, 2012 at 4:52 am
pewarna rambut shurah boleh digunakan atau tidak?