Holy Water

Assalammualaikum.

Semoga kita selalu dirahmati Allah.

Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air. Apa sebenarnya
Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan oleh umat
Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika umat
Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan mengambil
Holy Water dengan menyentuh satu ‘ takungan air ‘ lalu melakukan tanda salib
dengan menyebut, ” In the name of the Father, and of The Son and of the
Holy Spirit, Amen”. Kalau kita perhatikan, wudu ‘ merupakan salah satu
hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan bilamana
umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water sebagai
pengganti ” wudu ‘ ” yang telah ditinggalkan, sebelum upacara sembahyang
mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan lain
seperti ‘ pendinding ‘ dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada bila-bila
saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy Water.

Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak
menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water dalam
bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam bible, tolong
khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya bahawa Holy Water
mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa sehingga mampu
mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi pengalaman
dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah tafsir
kenyataan saya.

1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan
kalimah ‘ Bismillah ‘ saya minum, ternyata sekarang saya masih lagi Islam.
Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water yang ‘ ada di
pasaran ‘ sekarang merupakan air yang dijampi. Kalau Holy Water yang
terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan luarbiasa. Air
longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum, barangkali bisa mati……..

2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami sakit misteri.
Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya sampai, anak kecil
itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya tidak kenal sedang
sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke badan anak itu. Saya hanya
memerhatikan dan selepas itu beredar. Keesokan hari saya datang lagi,
ternyata anak itu masih tidak sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta
kebenaran saudara saya untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat
seketika. Lalu saya baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu
sambil berdoa dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak
kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu
sembuh pada sebelah petangnya.

3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari 5 buah
bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung yang lagi satu.
Rumah ini agak ‘ panas ‘ kerana ada ‘ pengganggu ‘ nya. Kalau saudara perhatikan
setiap pintu bilik itu ada tergantung benda-benda sama ada kertas atau
tangkal penghalau hantu. Sepupu saya seorang Kristian, udah kahwin, punya
anak umurnya kurang dari setahun. Di biliknya itu selalu didatangi
pengganggu dan anaknya itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh.
Sepupu saya menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu.
Kerana hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu
saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya tambah
dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada saya. Ternyata
biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu. Kalau nangis, ya…..
mahu susu.

Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water.
Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti kehebatannya.
Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu dengan kelebihan
dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah seorang Kristian
mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang Kristian juga
menggunakan doa-doa ‘ Our Father ‘ , ‘ Hail Mary ‘ dan sebagainya. Lalu saya
cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam ilmu batin.
Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah ‘ Bismillah… ‘
dan ‘ Kun Faya Kun ‘ dan menafikan penggunaan doa-doa agama Kristian.

Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada cara
lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor
seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan
menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan air itu
Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar-besarkan kemampuan
Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada hebatnya. Biasa dong
pak. Kalau memperbesar-besarkan satu usul, umat itu terlalu arif.

Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air untuk
manusia. Sekian. Mohon permisi.

Wassalam.

This entry was posted on Tuesday, September 23rd, 2008 at 7:19 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Holy Water”

  1. Charisty Says:

    salam sejahtera kepada semua pembaca..

    Terlebih dahulu ingin saya menyatakan minta maaf sekiranya ada tersilap bahasa dan kata..apapun saya tertarik dengan topik yang di utarakan..iaitu ”HOLY WATER”.Ingin saya nyatakan disini Holy Water yang di maksudkan saudara bukan lah untuk menghalau hantu atau pendinding badan sebaliknya adalah untuk memberkati umat kristian agar hidup aman dan damai dan di akhiri dengan kata ”Amen”.Air ini mengandungi garam dan sudah di berkati oleh paderi.Holy Water ini, biasanya digunakan untuk upacara sembahyang missa, atau sebelum memulakan sembahyang ianya adalah wajib digunakan untuk memberkati diri kita.
    Kesimpulannya, sekiranya saudara tidak tahu pengunaan dan Fungsi Holy Water seharusnya anda bertanya kepada orang yang lebih mengetahuainya seperti Paderi di gereja, para ketua sembahyang, dan sister2 pasti tidak lokek memberikan keterangan tentang HOLY WATER..Bertanya kepada orang yang tidak tahu hanya merugikan dan menimbulkan keraguan bagi saya yang membaca nya…seolah-olah saudara anti agama.Sekian Terima KAsih…

  2. moon Says:

    Salam sejahtera dan salam damai kepada semua pembaca..

    semoga kita semua di rahmati Tuhan yang maha Kuasa dan Maha tahu.
    HOLY WATER.. saya berharap keterangan dari charisty difahamkan sepenuhanya anda semua..jika adanya sedikit persamaan di antara umat muslim dan dan umat kritian iaitu penggunaan air sebelum sembayang.bersyukur…sebab bukan manusia yg menciptanya..tetapi Tuhan yang yg Mahakusa yang telah memberikan akal dan fikiran kepada manusia untuk membuat semuanya itu. SEBAB SEGALA AKAL DAN FIKIRAN MANUSIA TINDAKAN MANUSIA ADALH SEMUANYA DI IDEAKAN OLEH YG MAHAKUASA.JADI X SALAHKAN.

  3. moon Says:

    Salam sejahtera dan salam damai kepada semua pembaca..

    semoga kita semua di rahmati Tuhan yang maha Kuasa dan Maha tahu.
    HOLY WATER.. saya berharap keterangan dari charisty difahamkan sepenuhanya anda semua..jika adanya sedikit persamaan di antara umat muslim dan dan umat kritian iaitu penggunaan air sebelum sembayang.bersyukur…sebab bukan manusia yg menciptanya..tetapi Tuhan yang yg Mahakusa yang telah memberikan akal dan fikiran kepada manusia untuk membuat semuanya itu. SEBAB SEGALA AKAL DAN FIKIRAN MANUSIA TINDAKAN MANUSIA ADALH SEMUANYA DI IDEAKAN OLEH YG MAHAKUASA.JADI X SALAHKAN.
    dan…x bermakna,adanya pengguna air sebelum sembayang bagi umat muslim yg d hormati dengan umat kritian.x HOLY WATER

  4. askrules , Says:

    assalammualaikum…..
    walau apa2 pun kita serahkan saja semuanya kpada tuhan yek…..

  5. adel Says:

    salam sejahtera …
    Mungkin saya tidaklah se “ALIM” saudara yg menulis artikel ttg HOLY WATER ini… namun ingin saya ingin bertanya kpd saudara.. ADAKAH TUHAN dan AGAMA yg ANDA anuti sekarang mengajar ANDA untuk MEMBURUK-BURUKkan AGAMA LAIN.???????? Atau memandang rendah terhadap agama lain?????ADAKAH AGAMA ANDA MENYURUH ANDA UNTUK MENGHINA AGAMA LAIN????????? KALAU AGAMA ANDA MENGAJAR SEMUA ITU, MAKA LEBIH BAIK ANDA TAK PERLU BERAGAMA LANGSUNG! KERANA ANDA LEBIH KURANG SAMA DENGAN ORANG YANG TAK BERAGAMA. ATAU MUNGKIN DENGAN ‘STRAIGHT TO THE POINT’ SAJA, ORANG YANG TAK BERAGAMA ITU JAUH LEBIH BAIK DARIPADA ANDA! ANDA HANYA TAHU MENGHAKIMI AGAMA LAIN, HANYA TAHU MERENDAHKAN AGAMA LAIN, DAN MENGANGGAP AGAMA LAIN INI ‘KOTOR’. CUBA KATAKAN ADAKAH ANDA IALAH TUHAN UNTUK MENGHAKIMI SIAPA LAYAK MASUK SYURGA, SIAPA TIDAK.????????? ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TIKET UNTUK MASUK SYURGA??? JIKA ADA ,TUNJUKKAN! JANGAN HANYA TAHU BERCAKAP BESAR DAN MENGANGGAP DIRI SEPERTI TUHAN. saya tahu tiap orang ada pandangan masing2. saya cuma terus terang. dan saya ingin bertanya lagi, apakah tujuan anda YG tiba2 mahu mengkritik agama lain???

    KITA SEMUA CUMA MANUSIA BIASA YG AKHIRNYA AKAN MATI JUGA ,
    BUKAN AGAMA YANG MENGAJAR KITA MEMBUAT DOSA, TETAPI DIRI KITA SENDIRI.
    MAKA DENGAN ITU, TOLONG HORMAT AGAMA LAIN….
    MUNGKIN KITA BERLAINAN AGAMA….TAPI ANDA SENDIRI PUN TAHU KAN….AGAMA MENGAJAR KITA MENJADI MANUSIA YG LEBIH BAIK….BKN MENJADI BINASA…. SO RENUNG2KAN LAH…

    ADIOUS..
    SEE U AGAIN.

  6. SyedIdham Says:

    HOLY WATER VS ZAM-ZAM WATER

    Para Wali orang Muslim nggak kisah, nggak peduli apa isi kandongan dlm Holy Water orang Kristian itu, asalkan Pope Paul gunakan pada orang Kristian semata2. Agama-mu adalah agama-mu. Agama kami tetap agama kami yaitu Al-Islam.

    Tetapi sejak Yahudi, gereja Vatican City, pihak barat dan Raja Saudi berkonspirasi mahu menjahanamkan Islam dari dalam dgn apa jua cara, maka Para Wali orang Islam wajib bersuara memberi amaran pada setiap Muslim itu. Kepada setiap Muslim itu mahu percaya ato nggak tiada paksaan, terpulang pada keimanan masing2….

    Yg Para Wali orang Muslim marah kerana Yahudi dan gereja St Peter di Vatican City tuh, kerana bekerjasama berkonspirasi dgn Saudi Sang Abdullah (aka Yitzak nama Yahudi nya) telah memasukkan Holy Water kedalam sumur air Zam-Zam. Coba renongkan kesannya, betapa ramei jutaan ummat Islam menggunakan air Zam-Zam, samada oleh warga dalaman ato jemaah Umrah dan Haji dari luaran….

    Konspirasi licik dan jijik mereka itu, bukan setakat itu aja. Malahan dlm bahan minuman dan makanan berjenama dari barat diseluruh dunia Islam turut telah dicampurkan bahan2 dari Holy Water. Kerana itulah salah satu perangkap yg terbuka luas menikam Islam dari belakang.

    Tahukah anda siapa dan asal usul Raja Saudi itu? Tahukah anda kenapa dia sanggup berbuat aniaya sedemikian rupa terhadap orang Muslim? Tahukah anda apakah isi sebenar ramuan2 campuran yg terkandong dlm itu Holy Water…???

  7. Boniface Says:

    Shalom kepada umat Kristian yang comment di blog “holy Water” ini dan salam sejahtera kepada Penulis dan pembaca sekalian.
    Seperti comment yang saya percaya mereka adalah umat Kristian Holy Water bukanlah air yang digunakan untuk menghalau hantu yang merasuk,mengacau Manusia.Holy Water berasalnya daripada AIR biasa,tetapi setelah diberkati pleh Paderi,maka air itu bertukan menjadi Holy Water ataupun “Air Kudus” kerana jari Paderi yang telah memberkati air tersebut mempunyai Kuasa untuk memberkat air tersebut.Kuasa yang saya maksudkan itu bukanlah kuasa yang yang “KUASA” yang kita fikirkan,iyanya adalah Kuasa Roh Kudus yang telah turun kepada Paderi semasa dia dinobatkan sebagai seorang Paderi dan jari itu tersangatlah Mulia dan Suci walaupun Paderi adalah manusia.
    Kepada Penulis,untuk Pengetahuan Saudara/Saudari,Holy Water @ Air Kudus bukanlah untuk diminum wahai saudari/saudara
    Holy Water Umat Kristian gunakannya untuk bersembahyang tidak kira dimana sahaja mereka berada.
    Dan kepada Penulis,saudara.saudari tidak akan dapat mengetahui keajaiban dan mujizat yang dilakukan oleh Holy Water kerana saudari/saudara tidak percaya akanNya.Nescaya kepada umat Kristian yang percaya akan Tuhan Yesus Putra Allah Bapa,
    “Yang turun ke tempat Penantian;
    Pada hari Ketiga BANGKIT dari Orang mati;
    Yang naik ke Syurga,duduk dari sebelah Kanan Allah Bapa yang Mahakuasa;
    mengetahui,merasai kuasa Allah Bapa melalui Holy Water Tersebut.
    Yesus KristusTuhan Kita,Allah Bapa yang Mahakuasa iaitu Bapa Kita dan Bonda Maria iaitu Ibu kita Bersertamu dan memberkati kalian semua umat Kristian,
    AMEN.

    Saya menyusun jari 10 dan melutut meminta maaf jikalau comment saya ini terlampau pabi pembaca dari Agama Lain dan juga kepada Penulis.Saya berharap Supaya Penulis meneliti dan bertanyakan kepada “Orang Yang Sebetulnya” tentang Holy Water dan bukannya nenulis berdasarkan Cerita orang Bukan penganut agama Kristian…
    Amen+

  8. lee Says:

    wahai aidil,
    ini adalah perbincangan, bukannya memburukkan agama lain.tolong buka minda tuh lebar2.sempit sangat tuh..

  9. I am a Christian Says:

    Salam sejahtera.
    Semua agama tidak pernah mengajar kita untuk memburuk-burukkan agama orang lain. Jadi SILA hormat agama orang lain sekiranya mahu agama anda dihormati. Semua mempunyai kepercayaan masing-masing..saudara tidak mempunyai hak untuk menyatakan sesuatu agama itu tidak benar.. pada akhirat nanti, kita pasti akan mengetahuinya. apa yang terbaik ialah kita patuh kpd ajaran agama masing-masing dan hormat orang lain. fikirkan perasaan orang lain.
    Terima kasih.

  10. enna Says:

    salam kepada semua pembaca…
    x salah pendapat korang smua… xda pa2 yang yg perlu dibuktikan mengenai keberkesanan HOLY WATER… apa sebabnya??? sebab ianya bergantung kepada KEPERCAYAAN kita terhadap KUASA HOLY WATER itu. biarpun seorang KRISTIEN menggunakan HOLY WATER dalam hidupnya tetapi meragui kekuasaan HOLY WATER, maka HOLY WATER itu sama seperti air lain yang tidak diberkati mengikut upacara gereja…
    maka,kesimpulannya.. hanya IMAN kita yang boleh membuatkan HOLY WATER itu pada tahap LUARBIASA……

Leave a Reply