Hukum Membela Anjing Sebagai Binatang Peliharaan
Hukum Membela Anjing Sebagai Binatang Peliharaan
Mufti Sheikh Ahmad Kutty
Terjemahan Isi:
Anjing boleh dibela untuk tujuan-tujuan yang berikut:
1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu. Harus diingat, Islam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.
2. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang yang buta dan mungkin orang itu perlu memelihara anjing untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Dalam hal itu, orang itu dibenarkan memelihara anjing di dalam rumah apabila anjing itu telah dilatih untuk menjalankan khidmat berkenaan, tetapi masih tetap disyorkan supaya anjing itu ditempatkan di tempatnya sendiri/secara berasingan daripada tuannya .
3. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas kepolisian.
4. Anjing terlatih untuk menjaga rumah atau harta.
5. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak/peladang untuk kerja-kerja menggembala kambing/lembu.
Bagaimanapun kita tidak dibenarkan memiliki/membela anjing sebagai binatang peliharaan oleh sebab anjing bukanlah binatang yang begitu bersih. Kita sendiri sering melihat bagaimana anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Tentulah menjijikkan kalau kita kemudiannya melihat tuan punya anjing berkenaan mencium mulut anjing tersebut setelah berlakunya insiden berkenaan seolah-olah tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Fikirkanlah berapa banyak kuman yang mungkin bersembunyi di dalam mulut mereka (mulut anjing dan mulut pemelihara yang mencium anjing itu).
Nabi saw mengingatkan kita supaya tidak dicemari kotoran semacam itu apabila baginda memerintahkan supaya kita menghindari air liur anjing. Kalau ditakdirkan kita tersentuh juga dengan air liur anjing, maka kita dikehendaki menyamak tempat yang terkena air liur berkenaan dengan tujuh bilasan air dan basuhan yang pertama mestilah dengan pasir atau tanah. Juga, boleh menggunakan sabun anti bakteria sebagai ganti tanah atau pasir berkenaan.
Sebagai kesimpulan: Jangan bercita-cita dan berfikir-fikir untuk menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan anda. Bagaimanapun , jika anda memang benar-benar memerlukan seekor anjing untuk tugas-tugas yang dinyatakan di atas, anda boleh berbuat demikian, tetapi anda mestilah pastikan dan segenap langkah mestilah diambil supaya tidak menyentuh air liurnya, dan anjing berkenaan seharusnya mempunyai tempat tinggal di tempat berasingan.
December 1st, 2009 at 8:22 am
sy nk tnye.sy mpunyai sedare yq memelihara anjing utk mnjaga dusun.tp anjing trsbut ditmbt di tiang luar rumah.apakh hukum nya.dan sy agk was2x apabila berada di kawasan halaman rumahnya.krn anjing trsbut dibiarkan pada siang hari dan hanya mengikat pada mlm hari itu pun diikat ditiang rumah yang hanya dipisahkan oleh dinding rumah.
November 27th, 2010 at 8:17 pm
Assalamualaikum,
Boleh saudara berikan dalil yang sahih,iaitu sabun antibakteria boleh menggantikan cara samak.
April 16th, 2011 at 3:10 pm
assalamualaikum..saya rasa dalil yg dijelaskan sudah cukup terang dikatakan mengenai anjing..cuma disini saya ingin mengingatkan yg jangan lah kita pandang rendah kepada binatang yang bernama anjing..setiap ciptaan tuhan di muka bumi ini mesti ada fungsinya sendiri.kesimpulan, bela anjing untuk sesuatu kegunaan yang boleh memberi mafaat kepada kita adalah tidak salah..pengurusan membela anjing sgt penting untuk memastikan kita dlm keadaan suci untuk beribadat..akhir kata, pada saya anjing adalah satu ciptaan Allah yang istimewa kerana kesetiaan kepada tuannyaanjing yang kita bagi makan x akan gigit tangan kita, tapi manusia yang kita tolong atau kawan2 yang kita tolong kadang2 atau sering gigit kita..fikir2kan lah..satu binatang yang tak ada akal tahu menghargai,tetapi ada sesetengah manusia x ada sifat ni