Siapa Rosmah Mansor

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar “Bapa Pembangunan”, maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara. Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda “peralihan kuasa” Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau “queen control”. Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat inin berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal-pembaca berita RTM ). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.
Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat “tunjuk sebab”, gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran “tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti”. Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti “dipastikan” mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai “wanita nombor satu”. Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit “tidak lena” bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi “kata dua” kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus “lepaskan Rosmah”. Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai “wanita nombor satu” selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]

This entry was posted on Monday, October 20th, 2008 at 5:34 am and is filed under Malaysia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Siapa Rosmah Mansor”

  1. kuraptingkik Says:

    Salam kepada semua pembaca saya suka menyatakan disini marilah kita Doa agar orang yg bertopengkan sayitan ini tidak menjadi “orang yg pertama kita” baiklah kita doakan agar Allah alihkan yakni pesongkan kedudukan itu kepada orang lain yg lebih layak dan lebih baik keperibadiannya. Amin……Jangan biarkan sayitan memerintah negara……pasti negara akan huru hara……

  2. mohd din Says:

    Benar kan apa yang di tulis? Bukankah Rosmah merupakan cinta Najib sewaktu persekolahan? Kalau sekadar menulis kerana mendengar cerita perkhabaran orang tanpa bukti-bukti yang kukuh, berdosalah kita.

  3. Ain Says:

    Askm, … berkenaan dengan datin rosmah ni, i hairan kenapa sebagai isteri perdana menteri tidak memakai tudung semasa kunjungan beliau ke brunei atau majlis rasmi… kenapa datin jeanne dapat berbuat demikian , kenapa rosmah yg memang wanita muslim tidak menunjukkan sebagai wanita contoh … hairan datin jeanne yg menjadi saudara baru dapat memberikan contoh yang baik…. hairan sekali.. kenapa perdana menteri najib tak menasihat isterinya? adakah kerana takut akan isterinya atau dia tidak memandang serius terhadap perkara ini…???

  4. Misteri Di Sebalik Nama Rosmah Mansor | Super Tips Kehidupan Says:

    [...] Kenali Rosmah Mansor Sebelum Meneruskan Bacaan: [...]

  5. lia Says:

    stiap perbuatan yg jahat akan dibalas dgn jahat dan amat dasyat bg menyedarkan setiap manusia yg melakukan niat jahat… dlm al Quran sudah tertulis….. lu pkirla… sendiri….

  6. ila Says:

    bajet 2010 …100 juta utk “permata negara”…lu pikir lah sendiri…

    camner UMNO nak naik balik ni…malas nak pikir..aku buat bisnes aku lagi best…dah tentu dapat duit halal tak ambik duit atau hak org lain,……

  7. nita Says:

    i always feel in this world nobody is perfect, furthermore whatever we see right infront of our eyes could not be true. tell me who don’t have dreams and goals. being positive to achieve in ones life is not wrong. and anybody who had come to a certain stage they will change for a positive manner in order to attain god’s blessing. i believe we should stop talking abot her and look at our selves.For her to be the PM’s wife is her dream that is nothing wrong so with her very positive mind and god’s bleesing she achieve it. that it shows god is suppotive of her.for what she is being now is more important rather than talking abot the past of her.the most important thing she got the heart for the children and nation whereby by many of us have not thought abot it.what are we going to get by talking abot others they can be poor, rich or what so ever but its very wrong to speak abot others. i believe all religion teach us the same lesson.

  8. rosmah mansor Says:

    [...] Click here to cancel reply. Name: (required) Mail: (will not be published) (required) Website: …Siapa Rosmah Mansor | Super Tips Kehidupandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke [...]

  9. Effan Says:

    Salam…………..

    Kalau dulu tsunami politik UMNO/BN kerana “KJ”……tapi next election UMNO/BN hancur kerana “RM”.

    Kepada seluruh ahli UMNO, bertindaklah utk betulkan Najib agar RM tak tambah terus menggila……..SAYANGILAH UMNO!!!!!

  10. mirafis Says:

    Saya sentiasa berdoa dan meminta moga Allah memberikan hidayah kepada semua…termasuk pemimpin2 kita. Cuba bayangkan jika jutaan doa dipinta dari rakyat utk pemimpin…

  11. chot Says:

    chot chet ler dulu mulik katey

  12. ani Says:

    bole kata suma org phg yg zmn 80-90 an tau pasal sejarah camna rosmah-najib kawen…yela sb glamer mlibatkan ku yie..+ mlibatkn pceraian hangat sb najib gna alasan ceraikn ku yie kononnye sb ku yie xsiuman…da lg dlm newspaper lame2 ttg cter ni..cri la klu nk tau..ttambah lg naik kes mahkamah yg tuntutan ku yie dlm 90-an utk byrn ttunggak kat najib utk nafkah2 anak2 dia…

  13. MAS Says:

    I LEBIH PREFER DATIN JEANNE ABDULLAH.. DIA KELIHATAN PENYAYANG… SWEET SMILE…

Leave a Reply