HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama’

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : “Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak).” (Surah Al-An’am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.

This entry was posted on Tuesday, October 21st, 2008 at 4:34 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “HUKUM MENGGUGURKAN JANIN”

  1. zuriati Says:

    Saya baru membuat ujian kandungan dan menunjukkan tanda posotif kerana bulan ini terlewat 7 - 10 hari dari tarikh haid (Biasanya 25 hb setiap bulan). Apakah hukum sekiranya saya tidak bersedia dan mahu membuang kandungan ini yang baru skitar 10 hari??

  2. hartina Says:

    [...] di Jerman #2 on Fitur baru di YouTube untuk menerjemahkan bahasa secara otomatis. xareyorkx on …HUKUM MENGGUGURKAN JANIN | Super Tips KehidupanHUKUM MENGGUGURKAN JANIN Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum [...]

  3. zian Says:

    Saya dan isteri baru mendapat cahaya mata yang berusia 5 bulan…sekarang isteri saya hamil 1 bulan…apakan hukum jika kami mengugurkan kandungan itu….

    sekian terima kasih..

  4. sara Says:

    tapi majlis ulamak malaysia ada mengatakan bahawa boleh gugur kandungan bawah 4 bulan kalau kandungan membahayakan nyawa ibunya atau ibu putus susu, suami tak mampu nak beli susu atau upah ibu susuan je. tapi majlis ulamak tu cakap kalau mangsa rogol atau terlanjur, haram digugurkan. di sini saya mengalami kekeliruan. harap saudara boleh terangkan kepada saya.

Leave a Reply