Jika Cinta Tidak DiRestui

Tidak mendapat restu keluarga kekasih memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Sebab tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu ini boleh menganggu kelancaran hubungan anda dengan bakal suami atau isteri.

Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca daripada perbezaan taraf kehidupan, taraf pendidikan, rupa paras dan sebagainya.

Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan anda.

Dan ironisnya, apa yang kerap terjadi, adalah pihak keluarga pasangan yang menentang hubungan tersebut akan bermati-matian berusaha untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini jika pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang itu.

Nampaknya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.

Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan, budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti keluarga.

Anda juga tidak pernah dijemput dalam acara atau majlis-majlis penting yang diselenggarakan keluarga si dia. Sehingga membuat anda dan si dia tidak tahu apa yang patut dilakukan, samada meneruskan perhubungan terlarang ini atau berpisah sahaja kerana tuntutan pihak keluarga pasangan yang amat melampau.

Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan anda berdua. Apalagi kalau anda sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.

Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta mereka menerima diri anda seadanya.

Jangan menunjukkan pasangan dengan sikap anda yang keanak-anakan. Boleh jadi sikapnya yang terlihat lemah atau mengalah dengan keluarganya selama ini bukan kerana tidak bangga dengan anda tetapi mungkin dia malu dengan sikap keluarga atau rakan-rakannya dan mungkin juga dia tidak mahu keluarganya atau rakan-rakannya melakukan perkara yang tidak sepatutnya (seperti sengaja menyakitkan hati) pada anda.

Dia juga mungkin berasa malu kerana belum berjaya memujuk keluarganya agar menerima anda dalam keluarga mereka. Sebaik-baiknya bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan betapa bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada keluarga untuk mengenal anda berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada pepatah mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka mengetahui dengan lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini, kesabaran anda memang amat dituntut.

Ingatkan kembali kepada si dia jika keluargany masih bersikap negatif terhadap diri anda, kerana itu akan menyakitkan diri anda meskipun kekasih masih setia di samping anda. Jika anda dan kekasih sama-sama memiliki ketabahan dan percaya diri, cari orang yang bersimpati dengan anda dan dikenali oleh keluarganya. Bantuan orang ini barangkali boleh membantu mencairkan masalah anda dengan keluarga kekasih. Sebagai orang muda, anda bebas untuk saling mencintai, menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan berfikir yang bukan-bukan. Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan rumahtangga pastikan ketika itu anda berdua sudah mendapat restu daripada keluarga kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak direstui keluarga sering dilanda badai yang tidak terduga.

Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan segala-galanya. Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta. Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih ada dada cinta lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.

This entry was posted on Thursday, November 13th, 2008 at 4:42 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

23 Responses to “Jika Cinta Tidak DiRestui”

  1. qaseh Says:

    hubungan saya xd restui kerna perbezaan jarak..
    saya dah xboleh teruskan hidup..
    saya lemah..saya try utk terima hakikat..
    semoga ALLAH akan memberi saya kekuatan utk menerima hakikat ini.

  2. minami Says:

    hubangan sy pun x drestui sbb perbezaan pendidikan n kerja…sedey sgt2….tp still teruskan hbgan 2..hrp2 ktorg dpt bsama…

  3. yien Says:

    hubungan saya juga ditentang kerana pndidikan dan kerja.. saya rasa sedih sangat… saya berdoa kami berdua dipermudahkan urusan untuk bersama.. kerana dalam hati saya nekad dia lah bakal suami saya nnti…

  4. admin Says:

    bacalah doa nabi yunus dan surah kahfi ayat 10 mula dari rabbana atina

  5. nur Says:

    hubungan saya ditentang kononnya kerana perbezaan umur, saya 30 tahun manakala pasangan 27 tahun.. tapi hati saya kuat mengatakan tentangan keluarga pasangan disebabkan perbezaan taraf.. saya berdoa agar kami berdua dipermudahkan urusan untuk bersama.. amin

  6. zoey Says:

    saya tak sangka hubungan saya akan ditentang oleh ibu bapa belah saya. kedua belah pihak lelaki dah bg green light. tapi keluarga saya bermati2 an tak mahu dan mereka mahu saya pilih orang lain. saya dah berusaha lembutkan hati ibu bapa saya, baca doa pelembut hati etc tp stakat ni tak tunjuk hasil lagi. kami masing2 masih belajar lagi tapi memang saya harap jodoh dengannya sebab dah bbrapa tahun ni dengan dia, terasa bazir untuk let go. mak ayah saya takda problem pasal pendidikan, rupa paras etc. tapi sebab faktor si dia panas baran dan saya pernah terlepas cakap pada mak ayah, terus mak ayah tak suka. tapi manusia boleh berubah, bukan? si dia pun byk dah berubah ke arah positif. kami x dpt nak pujuk mak ayah depan2, ambil hati mereka kalau ada occasion etc sbb masing2 bljar kat benua berlainan. terasa sedih.. tapi tak tahu nak salahkan siapa. harap jodoh kami ada cuma skrg ini hanya cabaran. aminn.

  7. ver Says:

    saya tidak tau harus memulainya dari mana???
    sudah hampir 2 tahun saya pacaran dengan A tapi keluarga saya sangat tidak menyetujui hubungan saya dengan si dia……..padal kami saling menyayangi dan mencintai,tapi apa mau di kata kedua orang tua saya sangat menentang hubungan kami,

  8. ra Says:

    saya tidak tau harus memulainya dari mana???
    sudah hampir 2 tahun saya pacaran dengan A tapi keluarga saya sangat tidak menyetujui hubungan saya dengan si dia……..padal kami saling menyayangi dan mencintai,tapi apa mau di kata kedua orang tua saya sangat menentang hubungan kami,kenapa meraka tidak setuju dengan pacar saya?itu karena dia adalah keponaan tante saya,saya memmpunyai tante yang nikah dengan paman dia,memang kehidupan tante saya itu kurang bahagia karena ulah paman saya yang suka selingkuh.padal dulunya tante saya itu juga sangat di larang pacaran dengan paman saya itu tp mau gimana lagi tante saya sudah terlanjur berbadan dua jadi sangat terpaksa keluarga saya menyetujuinya.sekarang dia sudah mempunyai anak 4 sedangkan suaminya masih saja tetap nakal suka selingkuh dari wanita 1 ke wanita lain.nah maka dari itu saya sangat di larang oleh keluaraga besar saya pacaran dengan dia karena ortu saya tidak pengen apa yang tante saya alami terjadi pada saya.saya bingung ap yang harus saya lakukan di satu sisi saya kasian sama ke dua orang tua saya yang nangis mohon-mohon agar saya mau menjauhi dia tp di sisi lain saya sangat sayang dan mencintai dia…..hingga pada akhirnya dia lah yang mau ngalah untuk menjauhi saya sampai dia mengganti kartunya agar saya bisa menjauhi dan melupakan dia,dia terpaksa ngelakuin itu karena dia sangat menyayangi saya dan tidak pengen lihat saya nangis terus menurus gara-gara cinta kami tidak di restui.tapi jujur saya sangat belum bisa melupakan dia,saya merindukan dia,saya sayang dia.mungkin ya mulut bisa bohong tapi hati sama sekali tidak bisa d bohongi….ap yang harus saya lakukuan haruskah saya mengorbankan perasaan saya demi keluaraga besar saya……????????????????????????

  9. Jendrani Says:

    Saia salah satu korban tidak direstui orang tua. Kita tdk direstui karna perbedaan suku bangsa… Sdh 4 tahun kami berpacaran.. Dan tahun ini rencananya kami akan menikah. Karna umur jg sdh cukup… Saia 26th dan pacar saia 28th… Tp apa boleh dikata, kehadiran orang tuanya sangat penting buat kami saat nikah kantor… Jd karna blm dpt restu, kami sampai saat ini blm menikah dan entah sampai kapan. Ya Allah aku mohon pada Mu… Bukakan pintu hatinya untuk dpt menerima hamba sbg menantunya. Amien.

  10. inta'an Says:

    hubungan saya tak direstui keluarga sya kerana mereka mengatakan bahawa saya telah dibomohkan kekasih, kerana saya menuruti segala kehendaknya dan sanggup berhabis duit serta menuruti nasihat dan larangannya..sebelum ini, saya mempunyai kekasih yang sudah mengajak saya berkahwin,kekasih lama saya sudah mempunyai segala aspek yang melengkapkan dia untuk menjadi suami seperti rumah,kereta, ilmu, berbudi dan direstui keluarga,. namun, setelah berkenalan dengan kekasih sekarang, saya jatuh hati dan minta putus dengan kekasih lama,. sekarang keluarga sangat tidak merestui hubungan sya dengan kekasih baru kerana dia tidak bekerja. tapi, kekasih saya berasal dari golongan berada dan ada perusahhaan keluarga menantinya.

  11. dilema ku Says:

    walau pun buka terang terangan ditentang family.tapi ibu ku sering mengatakan tak ingin antara anak2nya berkahwin dengan lelaki Melayu (muslim). Aku dilema..aku berjaya menilak cinta lelaki Melayu sehingga satu saat akhirnya aku menerima cinta.. main2 cinta akhirnya jatuh cinta benar2..dan aku merasakan dialah orng yang ingin ku jadikan suami dan hidup bersama..aku suda memikirkan tak ingin membujang begitu lama..kerana prinsip aku tak suka sendirian d luar tanpa ada org yang melindungi aku..ada suami kan elok..tambahan pula aku ada sejenis penyakit yang sukar untuk diterima orang..tapi dia menerima aku..dan berusaha mencari penawar bagiku..ibuku pernah memberi teguran..suda tidak ada kah lelaki bukan Islam ..dalam fikiran ku ingin saja aku menyuarakan..”bukan tiada tapi..andai aku lepaskan orang yang sudi menerima aku ..ada kah lagi orang yang mahu menerima akusebegini..yang sakit..yang begitu banyak kelemahan..aku berfikir benarkah kah ibuku sanggup melihat aku hidup tanpa suami kerna ibu pernah mengatakan daripada aku kahwin dengan lelaki Muslim lebih baik aku tak payah kahwin2..(aku tak tegah…)…sejak akhir2 ni aku mendengar kata2 yg menyedihkan bila aku disindir anak tak mengenang budi ibu yang melahirkannya kerana sanggup peluk agama lain kerana boyfriend Muslim..aku benar2 dilema..

  12. annie Says:

    ..memang sukar untuk terima hakikat cinta terhalang… cinta sy jga xdirestui… kami da 4 tahun c0uple..tpi hubungan ini terpaksa diputuskan.. apa salah kami.. dia adalah cinta yg terbaek yang pernah hadir dalam hidup sy.. xmgkin sy dapat lupakan dia.. apatah lagi pada tangisan terakhirnya mengundur diri.. xdpt sy bayangkan betapa hatinya hancur… dia benar2 setia pada sy.. tapi ini yang dibalas untuk nya.. Ya Allah moga 1 hari nanti kami akan bersama jua…

  13. apa yang harus dilakukan Says:

    apa salah saya mncintai dan mjalani hubungan serius dgn seorg duda? wlu saya seorg gadis tp saya benar2 tulus mencintainya……….tp tak di restui krna sttusnya,,,,,,,,ya allah…dia yg sllu mmbuat q bahagia, mbuka aq tetap semangat …tp aq gg bisa melawan ortu…..aku takut kel aq bnci smua sm aku…….smntara aku syg sm kel aku,,, dan q syg juga sm dia….aku bingung……….

  14. liyana Says:

    cinta kami juga cinta yang tak direstui :(
    sedih nya hati bila keluarga melarang kami bersama..
    bukan sahaja bersama, malah hp saya juga diambil
    sedangkan kami saling mencintai..
    kami pernah terpisah beberapa kali namun kekuatan cinta membuatkan kami kembali bersama walaupun badai yg menanti bagai kan garam di lautan.. terlalu hebat dugaan dan ujian buat kami sebenarnya..
    si dia pernah dipukul beberapa kali oleh ayah dan abang-abang saya.
    namun, mungkin cinta juga yang mengauatkan segalanya..
    mungkin dia tak punya apa-apa, tapi dia sentiasa cuba menjadi yang terbaik buat saya..
    kami pernah cuba untuk berpisah demi kebaikan bersama, namun apa yang kami rasakan hanya Allah yang maha tahu..
    jadi, kami hanya mampu doakan moga ayah dan ibu lembut hati dalam menerima perhubungan ini..
    untuk ayah, untuk ibu..
    maaf kan akak kerana menghampakan mu..
    ketahui lah ayah.. ibu
    akak sangat mencintai ayah dan ibu..
    tapi akak juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan..
    ya, akak akui ayah tanpa dia akak masih lagi bernyawa, namun jiwa akak dah pun mati saat dia pergi dari sisi hidup akak..
    kini dia kembali dan akak mengharapkan ayah akan menerima kami suatu hari nanti.. ketahui lah ayah,ibu.. kami manusia biasa, yang ak sempurna, adakalanya kami salah.. namun cinta yg kami alami ini sesuatu yang bukan kami paksakan. moga suatu hari nanti ALLAH akan akhiri dugaan ini dengan sesuatu yang manis .. AMIN…

  15. SITI HAWA NUR Says:

    HUBUNGAN SAYA DGN SI DIA SUDAH TERJALIN SELAMA LIMA TAHUN,HUBUNGAN KAMI DITENTANG HABIS HABISAN DALAM KELUARGA SAYA,SAYA SUDAH BERUSAHA SEBOLEH BOLEHNYA UNTUK MENDAPATKAN RESTU DRI KEDUA2 IBU BAPA SAYA TP MASIH XBERJAYA,SAYA HARAP AGAR PERHUBUNGAN KAMI BERAKHIR DGN SATU IKATAN..INSYAALLAH

  16. nie Says:

    cinta tak d’rstui…..???
    em,mao mlai dr mna sya jg bngung,,,
    gak ada 1 rang pun yg mndkung hbngan qt pie qt ttp mnjlani mpe dtik ni…bgtu keukeuh’y k2 ortu yg gak mao mnrima dia sbg pndmping hdup ku…
    dan dia skrng pnya calon buat aku yg mnrut mrk bsa mmbuat aku bhgia,,,,apakah hrta, tahta, dan jbatn yg mrka inginkn??????????? subhanallah

  17. mizneyna Says:

    hubungan saya dengan dia hampir 3 tahun , tapi keluarga saya tidak merestui hubungan saya dengan dia , di sebabkan perkejaan . saya rasa sedih dan kecewa , apa perlu saya buat ? diteruskan hubungan atau pun stop ? kalau saya nak juga dengan dia , abah saya bagi kawen then abah saya tidak mahu melihat muka saya lagi . hmmmmm . ;’(

  18. keiy anwar Says:

    sama lah.. cinta x di restui di belah pihak gf sy. dulu xdirstui di belah pihak sy..sy dh usaha tuk pujuk mak sy tuk menerima dia.alhmdulilllah mereka dpt terima gf sy.skrg ni gf sy tidak kuat menerima prob yg dtg belah pihak dia. sy dh taw nak bt apa lagi.sy dh buntu. sy cintakan dia sgt2x…… ya ALLAH satukan lah cinta kami.

  19. syaz Says:

    sy dh couple dgn R 3thn tp slma sy couple xpnh bgth mak mgenai pilihan hati sy.namun dsbbkn dh lama sy couple so sy bt kputusan nk bgth mak mgenai hal tersebut tp slps sy bgth hal sbnr mak tidak merestui hubungan sy n mtk sy cari lain.sedih sgt….mak sy halang sb jauh n alasannya tidak setaraf dgn family sy.mak sy hny nk org pntai timur shj yg jd menantu dia tp sy tak ditakdirkn brjmpa dgn org pntai timur.sblm sy bjmpa dgn R sy bdoa pd tuhan agar ditemukan dgn jodoh sy tp xlm kmudian sy bjmpa dgn R.mgkin jodoh sy bkn dgn org pntai timur… sy buntu,apa yg perlu sy bt?sy ikhlas sygkn R.mak R sdh restu hbungan kami.

  20. eigha Says:

    memanG, cinta kami brU beruMur 5 bLan . . . .
    .tpi kami dah sLinG memanTp.kN hti tuK SlLu bzaMa. . .
    .but, 0rnG tuA kami tK da yG stjU. . .
    .abh dia tK stuJu lntRan msaLalu n g0sip jiraN yG tk adA bnar.nYa. . .
    .sdanGkaN buNda.Q tk stjU lnTran buNda lbiH suKa dnGan maNtan kkAsih.Q. . . .
    .skraNg q daH mlaI menjaUh, krNa Q tk nK mruZah hub dia dG abh dia, juGa q mmathi bundaQ. . . .
    .b0Leh k tK y. . ? ?

  21. din Says:

    keluarga sy tk restui hubungan sy dgn kekash sy…sy jd berat untk hidop skrg ni ape perlu sy lakukan utk ni….keluarga sy tk ske org semenanjung….knpe…???ape pelu sy buat

  22. anony Says:

    percintaan ditentang kerana pelajaran , hrus kan syg bersabar . dan mneruskan hubungan ini ?

  23. fiza Says:

    hubungan sy dengan teman lelaki sy men,pt tentangan hebat dari pihak keluarga sy.br2 ni teman lelaki sy ada membawa family nya tuk dtg merisik n meminang tp telah ditolak oleh keluarga sy ngn alsn bahawa teman lelaki sy ada penyakit dan kisah silap nye yg dlu,bg sy teman lelaki sy dpt membimbing sy ke jalan yang baik…sy buntu dn xtau hendak buat ape skrg…sy btoi2 amat menyangi teman lelaki sy tu…apekah yg harus sy lakukan sekarang ni>sy xboleh hidup tanpa dia…

Leave a Reply