Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

This entry was posted on Thursday, November 13th, 2008 at 4:47 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik”

  1. kakteh Says:

    nice explaination.. boleh dipercayai berdasarkan penerangan yang mantap..

  2. andinda Says:

    PENERANGAN YANG MANTAP APA MAKNNYA?????????????

  3. asnanizzz Says:

    oh yeke?emmmmacam mane pulak anak no 5 dengan no.5….ok x.we all same2 7 beradik n same2 anak no.5….

  4. Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik | Blog Ibu Hamil Says:

    [...] http://supervain.com/2008/11/13/rahsia-hubungan-pasangan-mengikut-urutan-adik-beradik/ AKPC_IDS += “449,”;Popularity: unranked [?] innity_pub = “bbf94b34eb32268ada57a3be5062fe7d”; [...]

  5. juejaj Says:

    sulung v. sulung: setakat ni sy n dia elok je..tapi tak tau lah bile dah kahwin nnti. Adakah statement awk ni leh di prcayai? sbb sy xnak ia mempengaruhi sy..

  6. kucingcomel Says:

    eh btol la.aku tgh and bf aku plak bongsu.cun btol.so far,alhamdulillah xde begaduh.tp ex aku dulu sulung,hari2 nak bgaduh.

  7. ana Says:

    tengah vs bongsu…… setakat ni okjewalaupn diabongsu tpidia datunjukkan dia boleh bimbing sya………..

  8. Berita Terbaru Says:

    Berita Terbaru…

    [...]Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik | Super Tips Kehidupan[...]…

  9. mawar Says:

    sy ank kedua bf sy ank sulung..klu mcm tu serasi ke tak??

  10. haziera Says:

    huhu…aku tgh(gugurl) n die bgsu(bob0i)..same um0 n bintang..dulu hmpir tiap2 ari gaduh,tp cepat sejuk…lg pulak cnte jrak jauh…msg2 nk tnjuk prngai sndiri…huh…mmg mncabar…alhmdllah…stlah kerap bgaduh,kt0wg mkin saling menerime prangai msing2, saling bt0lak ansur n b0leh ikut rntak…yg pnting,kl0 ade yg pnas msti ade pnyejuknyer..;p

  11. yul Says:

    tunggal dan sulung

  12. umie Says:

    aq anak no 2., bf aq anak no 2.. ok x?? tapi aq bongsu.. bf aq.. ada adik beradik yg lain…

  13. umie Says:

    macam mana.. aq.. ok jew.. x ada laa.. gadoh… cuma.. aq faham dia..
    tapi.. apa yg aq minat dkat dia.. ni tua sikit fikiran dia matang..

  14. umie Says:

    tengah vs bongsu

Leave a Reply