Lubuk Ghairah Lelaki

Lubuk Ghairah Seseorang Lelaki

Wanita adalah makhluk yang mempunyai berbagai keistimewaan. Selain dari lambat bangkit syahwatnya, lubuk-lubuk syahwat wanita tidak kekal berada pada satu tempat malah berubah-ubah mengikut waktu. Sebagai suami, seseorang lelaki patut tahu perkara ini dan menjelajahi seluruh tubuh isteri bagi melakukan rangsangan serta menumpukan rangsangan pada lubuk-lubuk yang paling responsif pada waktu itu.

Secara umumnya lelaki tidak perlukan rangsangan yang menyeluruh sebagaimana wanita kerana biasanya lelaki akan cepat terangsang akibat penglihatan, hiduan dan aksi menyentuh. Walaupun begitu, sebagai langkah menyediakan suami agar sampai ke tahap cukup bersedia untuk jima’ dan akan tahan lama, berikut adalah lubuk-lubuk ghairah atau zon berahi bagi kaum lelaki:

1. BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga. Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian. Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

2. TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda sering mencumbui/menjilat/mengigit telinga anda? Jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi perhatian yang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dijilat.

3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan. Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.

4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap-luap.

5. PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki. Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera.

6. ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan yg penuh nikmat. Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.

7. KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala. Kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.

8. PUTING
Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkan supaya pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu tahap ghairah anda meningkat. Tapi walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan dengan kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.

9. TAPAK TANGAN
Tapak tangan antara daerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.

10. JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerambut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari (ini boleh dicuba sendiri)

11. TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tungking terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.

12. TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

This entry was posted on Wednesday, February 11th, 2009 at 4:16 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Lubuk Ghairah Lelaki”

  1. Lubuk Ghairah Lelaki | Isteri Puas 18SX Only Says:

    [...] Credit:Lubuk Ghairah Lelaki [...]

  2. Lelaki Says:

    tq for sharing

Leave a Reply