Perempuan Jangan Gatal Nak Kahwin Jika..

Alam perkahwinan merupakan suatu alam yang indah, suatu alam yang selalu diimpikan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta terutama kaum hawa. Banyak belog saya masuk sebelum ini bercerita tentang pengalaman [...]



Alam perkahwinan merupakan suatu alam yang indah, suatu alam yang selalu diimpikan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta terutama kaum hawa. Banyak belog saya masuk sebelum ini bercerita tentang pengalaman cinta mereka. Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang kekal lama dan ada juga yang putus ditengah jalan.

Memang saya tak nafikan perkahwinan merupakan satu saat dan pengalaman yang indah bagi setiap manusia. Tetapi sedarkah sedara sedari, dewasa ini kita sering dengar berita tentang perceraian. Di manakah silapnya sehingga perkara ini boleh terjadi? Apakah silap itu datangnya dari golongan perempuan? Atau lelaki?

Bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga akan paham maksud saya itu. Bagaimana pula dengan pasangan yang sedang bercinta terutama perempuan? Mengapa perempuan? Sebab kebanyakan belog yang bercerita tentang cinta, kahwin semua ni adalah kaum hawa yang saya hormati.

Kali ini saya x nak menulis panjang. Jadi, kepada kaum perempuan jangan gatal nak kahwin jika…

1) Tak sanggup bangun malam
Saat baru berkahwin, siapa xnak bangun malam kan? Apa yang saya maksudkan di sini adalah sekiranya sesetiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan anak kan. Ingin meneruskan zuriat mereka. Tetapi bersediakah seseorang perempuan itu untuk bangun malam menjaga anak kecil? Apabila sudah ada anak, bangun malam sudah menjadi kewajipan untuk golongan perempuan yang bergelar ibu. Paham paham aje la ragam anak kecil. Sekiranya kaum perempuan belum bersedia untuk bangun malam, jangan gatal nak kahwin.

2) Tak pandai dukung anak
Tanya saya cara nak dukung pun saya bole ajar. Apatah lagi lelaki liar di luar sana yang selalu dukung awek awek liar. Hehe! Bagi saya dukung anak, bayi dan sewaktu dengannya adalah benda basic dalam menjaga kanak kanak atau dalam bahasa mudahnya anak anak kecil. Jangan sesekali gatal nak kahwin kalau benda ni pun perempuan belum master.

3) Rasa kotor nak basuh berak anak
Hahaha! Alasan ini saya rasa paling kukuh bagi saya untuk katakan pada perempuan jangan gatal kalau nak kahwin kalau belum bersedia. Berak? Tahik? Kotor tak puan puan. Ibu ibu tahu lah jawapannya. Kepada perempuan yang nak kahwin tu banyak banyaklah belajar dari ibu ibu sebelum nak ajak pasangan kahwin. Ada jugak saya dengar cerita yang si suami buat semua keje camni. Si isteri pula? Takkan tengok saja. Memang x dinafikan suami pun kena buat keje cmni tapi ingat ini adalah tugas si isteri. Sekali lagi, perempuan jangan gatal nak kahwin kalau belum bersedia melakukan keje keje macam ini.

4) Tak tahu nak buat apa kalau anak menangis
Saya nasihat jangan kahwin kalau x tahu nak buat apa kalau bayi menangis. Lu orang perempuan jangan gelak bila saya cakap cmni sebab banyak ibu yang x tahu nak buat bila bayi mereka menangis terutama waktu malam. Golongan ibu muda yang umurnya belasan tahun terutamanya. Umur awal 20-an pun saya rasa kena banyak blaja sebelum nak ajak pasangan kahwin.Tapi jangan la kahwin lewat plk, nanti susah tua tua baru nak dapat anak. Hehe!

Rasanya cukup la setakat ni dulu. Kalau nak senaraikan semua memang xkan abes. Hehe! Kepada ibu ibu yang baca artikel ni sila silalah kongsi pengalaman anda supaya anak anak muda sedar terutama yang tengah gatal nak berkahwin tu . Jadi kepada perempuan yang nak kahwin tu saya nasihat agar benda benda asas yang saya senaraikan kat atas tu tidak dipandang remeh. Babaiz.

This entry was posted on Monday, October 26th, 2009 at 9:18 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Perempuan Jangan Gatal Nak Kahwin Jika..”

  1. azizan4444 Says:

    bgs tips ni..hehe

  2. white02 Says:

    hurmm bukan pompuan je..laki pon same jugak~
    :D

    Anyway gud article to share~

  3. ainrahman Says:

    jg anak bkn tugas perempuan semata

  4. eyn Says:

    mana pergi lelaki kalau hanya setakat buat anak tapi tak membantu untuk menjaga. isteri bukan ‘ mesin’ anak.

Leave a Reply