Mellissa Maureen dicabul?

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai danjam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabulMelissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dansuami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dandengan keadaan kepala Malique yang berdarah. Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

This entry was posted on Wednesday, October 28th, 2009 at 1:29 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply