Susah Mengandung? Petua Kesuburan
Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

June 9th, 2010 at 3:35 pm
saya dah hampir 11 tahun kawin tak ada anak kandung lagi. kegemaran saya memang jeruk even masa kandungan 1 ke 2 bulan dulu pun saya makan jeruk. hasilnya saya gugur. saya akan buang jauh2 jeruk dan benda2 yang memudaratkan saya untuk mengandung.
June 17th, 2010 at 12:08 am
Rohana…saya amat bersimpati dengan saudari…mudah-mudahan saudari akan dikurniakan anak dalam waktu terdekat ni…
July 10th, 2010 at 2:16 pm
nama saya lakshmi
saya baru disahkan mengandung
saya hanya makan sayur sahaja
tolong beritahu saya apa perlu makan dan apa yang tidak boleh makan
bartambah dengan itu, saya baru mengalami keguguran 5 minggu lepas akibat penyakit mata kuning
saya juga gemuk so boleh tak kandungan ini bertambah baik
terima kasih
July 10th, 2010 at 2:21 pm
saya harap pihak ini akan menyelesaikan masalah saya
July 14th, 2010 at 12:34 pm
kawan saya gemar minuman bergas dan makan westernfood KFC…dia sda mmpunyai cahaya mata wlupun dia cuba merancang kerana masih belajar d IPT..
July 24th, 2010 at 3:31 am
ada orang yang memang subur dan rahim berada dalam kedudukan yang sempurna tapi ada orang yang rahim tidak berada di posisi yang sempurna untuk menerima benih dari sperma lelaki
August 2nd, 2010 at 2:49 pm
Sudah hampir 2 tahun saya berkahwin dan sampai sekarang saya masih belum mempunyai anak..Sudah bermacam2 kaedah saya lakukan tapi masih tidak membuahkan hasil..Suami saya memang kuat merokok dan kami sama2 gemar makan junk food..Walaupun kami mahu mempunyai anak, tapi hanya saya yang berusaha..Suami saya lebih suka membiarkan takdir tentukan sama ada kami boleh mempunyai anak atau tidak..Saya cemburu melihat rakan saya yang baru mendirikan rumahtangga disahkan hamil 2 minggu..
August 3rd, 2010 at 3:27 am
MistyHeartBeating :
Sudah cuba cara tradisional.? Kadang kala ada disebabkan SAKA atau orang hantar sihir supaya kita tidak/susah mengandung..
August 13th, 2010 at 1:04 pm
Saya pernah pergi berurut dan menurutnya saya tiada masalah utk mendapatkan anak..Umur saya 21 tahun manakala suami saya berumur 40 tahun..Apakah faktor usia boleh menjadi pendorong kegagalan mendapatkan anak..??
August 13th, 2010 at 1:19 pm
misty, cuba urut dengan makcik ini:
makcik limah : 0389251167
lepas tuh mintak tolong dengan tok belagak untuk tgkkan kalau ada jin atau syaitan penghalang :
darulsaka@gmail.com
August 18th, 2010 at 5:13 am
susahnya nak gandung
September 30th, 2010 at 6:24 am
saya dah nakmasuk 3thn kawin & dah 3 kali mengandung tp semua gugur..yg per-1 & ke-2 masa 7-8 mggu..tp yg br2 ni mggu ke-5…suami mmg penggemar kfc n kuat merokok…sebab tu ke sy kerap keguguran????
October 8th, 2010 at 7:21 am
suami saya tidak merokok beliau tidak suka minuman bergas dan tdk makan jeruk tetapi doktor mengesahkan air mani beliau kurang subur mengapa ini terjadi sedangkan beliau tidak amalkan pemakanan yg tdk sihat? beliau suka minum susu fullcream nespray.. kami tlh mndirikan rumahtgga selama 5 thn tapi masih blm menimang cahaya mata.. apa yg perlu suami saya makan utk mnmbah kesuburan? t.kasih
October 12th, 2010 at 7:16 am
anita,
ada kalanya perbuatan sihir boleh menyebabkan kejadian yang tidak kita ingini.
Sila tinggalkan message jikalau saudari ingin berubat atau bertanyakan tentang sihir.
October 25th, 2010 at 7:15 pm
saya berkahwi sudah 7 tahun.Saya rindu sangat dengan seorang anak, bahkan saya sudah berobat kedokter,tapi saya tidak juga bisa mengadung.Kata dokter saya dan suami saya baik tidak ada masa alah.Saya berharap tolong berikan saran untuk saya.Terima kasih atas impormasinya.
November 5th, 2010 at 6:18 am
sy dah 2 tahun mndirikan rmhtngga tapi masih belum dikurniakan zuriat
sy tlh pn membuat pemereksaan dokter pakar dan sy disahkan normal
sy seorang ya gemarkan makanan masam dan pedas,sy tidak gemarkan buah,suami sy jga merokok tapi tdk kerap,sy juga berkerja dan jarang bersama dgn suami,adakah semua yg sy nyatakan disini boleh mnybabkan sy lambat mengandung?
November 5th, 2010 at 6:25 am
sy ada satu benda yg sy tak pasti,masa sy pergi berurut tukang urut telah mengurut rahim bahagian kiri sy,tapi bila sy pergi bjmpa dkter pakar dokter telah membuat ultrasound d bahagian rahim kanan,persoalannya adakah rahim setiap wanita itu berbeza2 kedudukan?
November 6th, 2010 at 1:42 am
nurlia & lynn,
Mulakan dengan mencatit waktu kesuburan anda. Letak kalendar besar di rumah dan catit bila waktu period anda. Kira tarikh dan mulakan berjimak bersama suami bila tiba waktu subur iaitu kira-kira 12 hingga 16 hari dari tarikh pertama datang haid.
Jika hendak pastikan betul-betul jadi, suami perlu menambahkan pengambilan zink dan makanan yang paling banyak zink ialah tiram (oyster) dan juga kacang pistachio.
Setelah mencuba dan menemui kegalalan, pergilah berjumpa:
1) Doktor pakar
2) Tukang urut pakar
3) Pengubat sakit mistik
Ada kalanya kita tidak mengandung kerana kita terkena sihir, kita mempunyai saka keturunan dan juga penyakit zahir seperti endomitrosis dan lain-lain lagi.
Antara pill kesuburan:
• Clomiphene
Brand names: Clomid and Serophene
• Gonadotropins
Brand names: Pergonal, Repronex, Fertinex, Follistim, Gonal F, Novarel, Ovidrel, Pregnyl, Profasi, and Menogon and Puregon (available only in Europe)
• Bromocriptine
Brand name: Parlodel
November 26th, 2010 at 5:45 am
nak tanye. kalau si suami tu kena amal kan minum susu kambing, isteri pun amal kan minum susu kambing boleh?
November 27th, 2010 at 6:08 am
saya berumur 33 thn dan suami 39, kami sdh hampir 8 thn kahwin ttp belum dikurniakan zuriat. period saya tidak teratur kadang kala saya perlu mengambil ubat datang period seperti tab.duphaston yang di bekalkan oleh doktor..saya mengalami masalah hormon progestron yg rendah untuk menghasilkan telur..saya sangat sedih dan bimbang adakah saya akan dpt mengandung .untuk melakukan IVF memerlukan kos yg tinggi. tolong lah saya untuk mengatasinya. saya amat berharap untuk mendapat anak sendiri.
December 5th, 2010 at 12:43 pm
sya jg telah brkahwin selama 1 thn lebih dan masih brusaha utk pregnnt. Sya telah mnjalani smua ujian kesuburan kecuali HSG, begitu jg dgn suami. Kami disahkan xmmpunyai mslh sehinggalah sya brjumpa dgn doktor puan.. mslh sya apabila telur sya xmmbesar. Agak mnghairankan krn kptsn hormon sya beberapa minggu sblm itu agak baik.. Doktor menyarankan agar sya mmbuat ujian darah skali lg. Kmungkinan kptsn sblm ini ada kesilapan @ prubahan mndadak… W/pun tlh mngeluarkan kos yg byk sblm mngetahui puncanya, sya brsyukur tlh mngetahui sbb mengapa sya blum pregnnt.. sekurang2nya sya tlh mengetahui mslhnya dan akan brusaha mengatasinya.. Sokongan suami amatlah diperlukan. Kpd sahabat2 yg senasib, jgn brputus asa. Sama2 la kita brusaha sehingga brjaya bergekar seorg “ibu”.. Amiin
December 15th, 2010 at 10:36 am
utk ayu..
anda boleh cuba dapatkan rawatan di LPPKN. Doktor akan cadangkangkan rawatan yg sesuai untuk anda. kos / bil bergantung pd jenis rawatan yg kita ambil dan tak payah byr skaligus .
December 18th, 2010 at 3:04 am
sy dah sthn lbh berkahwin dan blm ada anak lg…mslahnyer sy kalau dtng period senggut sy sgt trk…sampaikan x blh bngun….adakah senggut ni blh melmbatkan sy untuk hamil….ttg jeruk…sy sgt suka mkn…..di arap dapat mmbntu sy dgn mslh ini…..sy teringin sgt nak mndpt zuriat..
January 2nd, 2011 at 11:36 am
ungu pun mcm pu3 juga. dah jalani semua prosedur di klinik pakar… kos nya usahlah ditanyakan dan memang menyakitkan.. suami dan ungu dua2 ok…kadangkala putus asa juga .. tp demi mendapatkan zuriat.. sabar ajelah…
January 4th, 2011 at 3:27 pm
Salam..sy pun ada prob utk preggy jugak..saya dah kawen almost 2 years..sy minat r nk berubat or nk tau lebih lanjut pasal sihir..cmne ek?coz rasa my mom dulu cita dia pon susah nk preg..after berubat baru dia pregnant..
January 5th, 2011 at 6:11 am
salam,saya risau dengan pusingan haid saya yang tidak tetap,hampir 2bln sekali br saya akan datang haid,saya takut kalau nanti susah untuk hamil…
January 5th, 2011 at 1:34 pm
slm. saya punya 2 anak. berusia 6 dan 2 thn. sudh berkhwin 7 thn. sy memg dikatakn susah nak lekat atau hamil. tanpa apa2 perancang. saya terpaksa tunggu 4thn utk hamil anak ke-2. sy berhenti menyusu ketika anak sy berusia 5 bln. kerna dia gemar susu botol. tanpa apa2 perancang, saya ingin hamil secepat mgkin. dan risau juga takut terpaksa tunggu tempoh yg lama. memandgkan umur semakin meningkt. saya juga cemburu dgn rakan2 yg terus dan mudah hamil. bila sy pergi berurut tok bidan tu..kata lambat lagi nk hamil. tapi saya takkan putus asa sy akan cuba usahakan juga agar thn ni..berhasil.
January 19th, 2011 at 2:08 pm
suami sy slalu tnya sy dah mengandung ke blm…tensyen la…harap pnyer harap…..ermm..period la plak…stiap kali period mst sy nangis…sdih sbb x mngandung…x tau dah nak wat apa…doa jer la…
January 25th, 2011 at 11:40 am
salam , sy bru sahaja berkhwin selama 3 bulan , walaupun bru lagi sy dan suami inginkn cahaya mata …kitaran haid sy tidak betul ….sy sudah berjumap doktor ONG ( pakar sakit puan ) die kata hormon sy tak stabil …bantu la sy …sy mmg x suke minum air gas , mkn masam2 n sebagainya …..sy tahu ini semua kuasa Allah yang maha esa ….bantu la sy
January 26th, 2011 at 8:04 am
saya sudah berkahwin hampir 2 tahun, tapi masih belum mempunyai anak.. rasa cemburu terhadap rakan2 yang sudah mempnyai anak. Malah yang baru berkahwin pun sudah mengandung. Rasa sedih dan tertekan bila sekeliling bertanyakan ” da ada ke belum?? “.. , ” merancang ke ??..” Tapi saya tabah kan hati, dan berkata pada diri sendiri mungkin belum ada rezeki.. Tapi bila masalah ini akan berakhir.. dan bila mereka akan diam..?? Saya tahu yang saya mempunyai ketidak suburan haid.. Rawatan di pakar sakit puan dengan memakan pill hormon dan kesuburan pun sudah dijalankan.. Bila saya makan ubat yang disediakan doktor, haid saya datang, tapi bile tak makan dia tak datang pun.. Namun saya berhenti apabila tubuh badan semakin membesar.. Rawatan trdisional pun da buat, perawat tu kata saya ada saka, dia cuba buang.. tp saya tak tahu yang saka tu masih ada pada saya atau tidak…Saya nak sangat cahaya mata… Tolong la saya…
February 11th, 2011 at 1:43 am
betul ke org blh hantar sihir utk pempuan x dpt mengandung..apa yg di target kat dlM rahim ..keji betul manusian tu..pak dukun 2 pulak 10 kaLI LEBIH KEJI..
February 12th, 2011 at 2:18 pm
salam.sy dh dkt 2thn berkahwin.dh usaha mcm2 cara,still x pregnt lg.cara kg,doc pakar,mkn ubat subur..nk tya,adakah makanan seperti lada hitam,halia dn jamu boleh mengganggu kesuburan??makann apa yg perlu dilebihkan untuk cepat hamil dn apa yg perlu dielakkn??plz help me ….
February 16th, 2011 at 3:13 am
saya,,,dah pernah mengandung,,tapi,,dah 4 tahun lepas bila sy nak lagi susah nak dapat kenapa ye
February 16th, 2011 at 3:14 am
betul ke,,org ckp bila kita dah pernah cuci,,kita susah utk mengandung lagi,,,
February 23rd, 2011 at 1:00 pm
saya sudahpun berkahwin 3 tahun, period sy memg xregular, suami kuat merokok, kami juga jenis yg sama2 suka mkn fastfood, berat bdn saya sblm ni 52kg tp kini 66kg, doc menyruh sy menurunkan berat bdn, saya sedang berusaha ke arah itu, baru2 ni sy rs x selesa, kmdian suami bw ke klinik pkr sakit puan, setelah menguji ari kencing, di dapati sy +ve, sedikit sbyk sy n suami terkejut, namun kegembiraan itu hanya sementara apabila seminggu kemudian sy n suami ke klinik itu semula utk lihat perkembangan, di dapati air kencing sy -ve balik…..sy n suami amat kecewa…..skrg ni sy buntu..knp semua ni bleh terjadi…sy n suami amat mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam ms yg terdekt….
April 16th, 2011 at 2:49 pm
saya hmpir satu tahun lbih tidak dtang haid.saya pun tak tahu mngapa ia nya seperti itu…saya pernah check smsa saya tidak dtang haid dlam msa lima bulan…tapi saya tidak mengandung.suami saya pula ingin kan seorg cahaya mata…dan saya pun berharap seperti itu… saya mmg tak pernah datng haid slama ini. adakah kemungkinan yg saya ini seorg yg mandul?saya tak nak rosakkan rmh tangga saya dgn hal seperti ini.tolong la saya..saya perlukan anda semua.tolong la.
May 10th, 2011 at 6:30 pm
saya dah 2 tahun kawin masa lum ada anak..adakah dgn mengamalkan minum teh organik yg utk mmmbuang lemak,toksin,minyak boleh mnjejaskan kesuburan saya utk mendapakan zuriat..kalo org mandul ada x datang haid atau tak dtg haid…
May 23rd, 2011 at 2:57 pm
haid saya tidak teratur, walaupun begitu sudah mendapat cahaya mata selepas 7thn berkahwin….ada pergi ke LPPKN sebelum tu, hanya selepas 2 thn ( Tidak lagi ke LPPKN)saya mengandung..sekarang anak sudah berusia 6thn, selepa anak berusia 2 thn ada mengadung luar rahim selepas ambil progloton….sampai sekarang haid masih tidak teratur..tolong beri petua , rawatan atau amalan yg tidak melibatkan ubatan bagaimana memulihkan kesuburan saya tiak mahu lagi mengambil pil hormon….saya tidak suka jeruk,fast food serta pantang minuman bergas…sangat kepingin anak lagi..umur sekarang 34thn. ada buku petua mengandung yg saya beli tidak anjurkan meminum susu kerana susu lembu mempunyai hormon yg boleh menggangu hormon kita yg sememangya tidak teratur…..apa pendapat Puan?
May 25th, 2011 at 4:31 am
saya ingin berkongsi cerita, yang kawan saya baru disahkan mengandung 8 minggu selepas mengamalkan Al-mussowwir dan berpuasa 7 hari..rasa tak pun sampai sebulan selepas mengamalkannya, walaupun dia haid tidak teratur …alhamdullilah..semangat untuk diri saya dan anda semua juga..jgn berputus asa sentiasa perbaiki kelemahan dan rajin mencari tip,berdoa & tawakal ..insyallah..Allah sentiasa mendengar dan mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita…..
May 28th, 2011 at 6:38 am
nak tanya adakah bila datang bulan sedikit bermakna tidak subur??
May 28th, 2011 at 7:00 am
syabas dan tahniah kepada yang sudah mengandung..
kepada yang belum , jangan putus harapan..berdoa dan minta lah dari Allah..
Sesungguhnya Allah itu MAHA PERANCANG..Dia tahu bila kita perlu ada anak dan bagaimana..setiap perancangan Allah adalah untuk kebaikan kita semua..
May 30th, 2011 at 5:00 am
askm.. saya pun dah lama kawin dah setahun lebih… lepas kawin period saya jadi tak teratur, 2 bulan sekali period. period macam biasa .. 7 hari jer. tapi saya ada masalah keputihan….. saya dah gi klinik biase, doktor cakap keputihan menyebabkan benih mati dan menganggu hormon dan bila horman takde so susah nak period dan benih yang keluar akan mati.. kerana keputihan menyebabkan kawasan ovari panas… setelah 2, 3 bulan keputihan saya dtg lagi..doktor cakap amik masa berbulan bulan juga untuk pulihkan keputihan .. kena selalu minuman yg ade kultur hidup dan bakteria baik mcm yakult, vitagen dan kena makan yorgut setiap hari, untuk cepat pulihkan dalam ,,,
June 6th, 2011 at 8:52 am
sy sudah hampir 2 thn kawin tp masih blum ade rezeki tuk dpt cahaya mata.tp sebelum ni sy puas berubat atas masalah sihir dan saka.
alhamdulillah nampaknyer semakin pulih.adakah sebab itu sy masih belum mempunyai zuriat di samping suami yg terlalu addict merokok.
June 10th, 2011 at 5:18 am
assalamualaikum.. sy sudah hampir 4 thn kahwin tp masih blum ada rezeki lg utk bergelar ibu. sy penah cube folic asid tp every month masih period. period sy memang maintain je. bln 3 lepas sy jumpa pakar n diberi clomid. tp selepas 2 bln masih lg sama. dr. kt rahim sy tdk mengembang, so dos di tmbah 2x. scan kali kedua dia kt byk lemak kt perut, n menyarankan sy supaya diet dan byk b’senam dan suami diminta b’henti merokok. (tp sy rs suami sy xkn berenti merokok huhuhu)
insyaallah sy akan cube ikut petua yg admin sarankan.
June 15th, 2011 at 6:17 am
sy baru 4 bulan berkahwen tp sehinnga skrg blum ader tanda2 untuk pregnant…sy ingin zuriat tp sy hanya mampu bersabar sbb sy tahu allah maha kuasa….mungkin utk sy dptkan zuriat skrg allah x mengizinkan kerana bersebab….
June 24th, 2011 at 6:36 am
sy bru 5 bln kawin..sbullan lps kawin berat badan sy naik mendadak.umur 23 thn,tinggi 165cm,berat 69kg..disebabkan itu,period sy jadi x menentu..tp bila cek kt doktor,kerana stress.namun ada org mengatakan org gemuk ni susah nk mengandung,,ttp member sy umur sbaya ngan sy,tinggi pun hampir sma tp obes iaitu berat 103kg,tp disahkan hamil setelah sbulan kawin. adakah berat badan mempengaruhi kehamilan?
July 8th, 2011 at 6:15 am
Benarkah kalau sdh perna cuci sebelum nie, susah nk mengandung balik?
July 13th, 2011 at 2:11 pm
as salam..cb hbgi pak razak di bndr baru bangi..isyaALLAH mudahan dgn izn ALLAH TAALA boleh mengandung..akn di urt oleh ank murid nya ppuan..sekira nya ada saka kn berubat dlu..0193981461.
July 15th, 2011 at 1:50 pm
as salam..saya nak menanyakan mslh susah nk dapat zuriat…sy sudah berkahwin hampir 1tahun tapi masih tidak nampak isteri sy mengandung…dia datang haid teratur 1bulan skali tetapi dia hanya datang haid 3-4 hari sahaja. kadang2 je sampai 5 hari..adakah ini punca kami susah mendapatkan zuriat?
July 22nd, 2011 at 4:25 pm
saya berusia 34tahun,suami 40tahun.berkahwin 9tahun,berat badan saya naik selepas kahwin,dr 65kg-> skang-90kg.menses saya juga jd irregular slp kawin.sudah rujuk ke pakar o+g,sudah try makan clomid,tp jadi severe dysmenorrhoea+severe menorrhagea pulak,dah la telur xnak matang walau diberi high dose of clomid.Suami bukan perokok,kami pun xsuka makan junk food,ker…fast food,ker..dh cuba lose weight,tp dok naik turun jer…?apa alternatif lain yg membantu….
July 27th, 2011 at 7:19 am
ehann, masalah awak sama ngan saya…dulu sebelum kawen berat 55 kg jer…dah kawen naik smp 63kg…period terus x betul..g LPPKN, doc kata saya prematured monopous dan sekunder amorrhea, terus dia bagi dupasthon untuk regularkan period. bila makan, badan naik berkati2 smp 75kg! menses 5 bulan x dtg terus. Last2 bila operate, doc diagnos saya ada endometriosis, PCOS dan retroverted uterus. Masalah utama saya progrestron rendah dan kurang ovulation. Alhamdulillah, saya ikut nasihat doc makan honey, almond dan fish oil, dah ada sedikit perubahan. Folikel pon matang. Selain trnkan berat badan, doc jugak suggest minum susu kambing diblend ngan kurma (tapi belom try sbb x tahan bau). Cuba la makan keledek merah, almond ngan honey. Saya pon bukan terer bab2 fertility ni tp just share info, mudah2an, ada rezeki nanti. Amin!
August 1st, 2011 at 7:48 am
Akum..nama sy ida..sy berumur 29 tahun..sy brkhwn pd ogos 2007..pd bln 12 2007 sy disahkan hamil..wlubgaimanapun sy mngalami keguguran..sy tlh mmbuat d&c..stlah 3 thun menanti pd bln 2 2010 sy hamil utk kali ke 2..prasaan gmbira kami suami isteri x dpt d ungkapkan dgn kata2 lg..usia kandungan sy hmpir 3 bulan..Allah Maha Kuasa , kandungan sy hilang begitu shj apabila msuk bln ke 4..hancur ht sy dn suami ketika itu..sehingga skrag sy masih blum hamil..tlah bnyak wang ringgit kami kluarkan semata-mata inginkan zuriat..semua petua2 kami amalkan tp apakan daya..semua kami jg terutama kesihatan..alhamdulillah suami mmg tidak merokok…bantulah kami….
August 11th, 2011 at 3:39 pm
saya tidak pernah datang haid, hasil cek up uterus 1/3 ukuran normal! saya amenore primer? apakah saya mandul?
August 11th, 2011 at 10:02 pm
wahai kaum hawa ciptaan allah, banyak perkara dan faktoryang menyumbang kepada masaalah yang puan puan hadapi. Saya tidak ingin menyentuh perkara sains tetapi kita kena berbalik kepada diri kita sendiri dan ketentuan allah.Kita kena bertanya kepada diri kita, adakah kita sentiasa mendekati diri kita kepada allah?! Sesungguhnya..semua masaalah yang kita hadapi adalah dari allah dan allah itu menguji makhluknya dengan berbagai cara dan perkara.Adakalanya..kita terlupa yang kita terlepas cakap”malaslah nak anak dulu sebab umur masih muda lagi” atau “alah tahun depan ke atau tahun lagi satu baru kita plan nak anak”.Kita sering terlupa dengan luahan rasa dan cakap cakap yang pernah kita hamburkan dan sebab itu, apabila tiba dan saat kita menginginkan anak,..allah menguji kita sampai kita benar benar menginginkan tangisan bayi dari darah daging kita sendiri. Nasihat saya, sentiasalah mendekatkan diri dengan allah dan bermohonlah kepadanya , insyallah..allah akan memakbulkan doa doa kita..wallahuwallam.
August 15th, 2011 at 1:10 am
salam…
sy dh kahwin lebih setahun tp x mengandung lg..period sy teratur stip bulan tp ada msalah senggugut..sy pernah jmp doc dan doc ckp kedudukan rahim agak kebelelakang sedikit…sy jg pernah cubar berurut dan dikatakan kedudukan rahim sy yg agak melekat menyukarkan sy mengandung…lg satu suami sy mmg kuat merokok…tp kami tetap berusaha dan berdoa…InsyaAllah sy akan cuba amalkan al-mussowir…mudah2n dipermudahkan..Amin
August 19th, 2011 at 6:51 am
Betul apa yang abang acik katakan:
Kita sering terlupa yang apa sahaja perbualan/perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa. Bertaubatlah dan mintalah ada Allah
August 24th, 2011 at 12:23 am
As-Salam,
Just nak berkongsi cherita saya tetang susah dapat anak dan juge ttg nasihat daripada abg chik..
sy berkahwin sudah setahun sebulan, tapi malangnyer sampai kehari ini sy masih belum disahkan hamil,
semasa awal-awal berkahwin, saya memang merancang (tapi TIDAK mengambil sebarang pil perancang) memandangkan kami akan ke luar negara utk sambung belajar
& pernah terlepas kata-kata “tak mahu ada anak lagi, sampai setahun berkahwin” tapi hanya 3 bulan sahaja saya merancang (diawal perkahwinan)
selepas itu saya tidak merancang dan berusaha keras untuk dapatkan zuriat.
ttp mungkin disebabkan kata-kata saya sebelum ini menyebabkan saya sukar hamil sehingga sekarang.
dan saya sentiasa berdoa agar Allah ampunkan keterlanjuran kata-kata saya sebelum ini dan memberikan saya zuriat.
amin…
August 25th, 2011 at 7:33 am
period sy tetap, senggugut teruk pun tidak, sy tak suka mkn jeruk, tak suka minum minuman bergas, sy tak makan hati, kerang, siput, lala dan seangkatan dgnnya. suami pula memang sejak dahulu lagi tak pernah merokok. dia pula tak suka minum minuman sejuk @ berais. sy hanya hidangkan air panas je padanya. tetapi kenapa sy masih belum hamil? dah setahun berumah tangga, soalan drp kakak2 ipar, memeningkan sy, menambah tekanan pd sy. seringkali menangis sorang diri, smpai bengkak2 mata. sy suka kanak2..dan sbb itu juga, sy antara paling disayangi oleh ank2 saudara sy setiap kali berjumpa. tp apabila kerap ditanya bila nk ada anak? sy menjadi sedih..teramat sedih. slps berkahwin, sy dah sedia fizikal & mental utk menerima cahayamata. sy juga dh sediakan perancangan utk anak yg bakal dilahirkan kelak. tapi.. masih belum punyai tanda2 utk hamil. bukan tiada usaha, cuma mungkin rezeki dari Allah belum tiba. dan sy sedih lagi..
September 8th, 2011 at 5:44 am
sedih bila dgr keluhan di atas,sememangnya itulah harapan dan impian setiap pasangan yg berumahtangga.tanpa kehadiran cahaya mata,hari2 yg berlalu terbiar dalam kekosongan..rumah sepi,dan bila melihat tangisan,gelak tawa bayi,mesti terdetik di hati kita,bilalah agaknya kita akan menimang cahaya mata.kdg2 sedih bila melihat suami kita tiba2 mengalirkan airmata ,namun sebagai isteri kita faham kehendak suami kita,perasaan itulah yg selalu bermain di dalam hati saya,walaupun pelbagai usaha telah di lakukan hanya allah sahaja yg mendengar luahan hati kita..perbanyakkanlah berdoa dan bertawakal.semoga kita tabah dalam menghadapi dugaan hidup berumah tangga…YA ALLAH HANYA PADAMULAH TEMPAT AKU MEMOHON & MEMINTA HAJAT,SEMOGA SATU HARI KAU AKAN MEMBERIKAN AKU SINAR KEBAHAGIAAN UNTUK AKU DAN SUAMIKU.AMIN.
September 9th, 2011 at 6:06 am
salam..
saya dah berkahwin 2thn lebih sehingga sekarang blm dikurniakan zuriat. Dah bermacam petua n rawatan yang kami cuba tp belum rezeki. Period isteri saya teratur tp tahun lepas period isteri tidak datang hampir 8bln. Bila check masih kosong. Period isteri datang semula selepas isteri mimpi melahirkan anak. Tahun ni pun sama jgk cuma bezanya tahun ni isteri bermimpi bermain ngan anak yang sama. harap dapat membantu. terima kasih.
September 12th, 2011 at 10:31 am
salam..
sya bkhwn hmpr sthun tpi blum mengandung lg…sya teringin sngt memiliki ank .kwn2 sya yg dh khwn smua dh dpt ank…keputihan yg bnyk menakutkn sya..sya dh pn berjumpa doktor tpi keputihan msh ada.sblum bkhwn suami sya mgalami kemalangan yang agak teruk adakah ini salah satu punca susah untk mengantung..
September 19th, 2011 at 2:13 am
sy dah khwn dkt 3thn..period sy tak teratur..sy dah mngurut,ke doktor,mereke ckp blh mgndung cuma lmbt..suami sy xda masalah kesihatan,tpi skrg alhamdulillah period sy dah kmbil teratur..adakah rezeki sy untuk menimang anak smkin hampir???
September 19th, 2011 at 3:54 am
salam..
saya nak anak lagi setelah berhenti poil perancang bulan mac lalu hinmghga kini. anak kedua saya berusia 2tahun 6 bulan kini. saya sudah bersama suami pada waktu subur namun belum berhasil. saya risau, kalau-kalau pengambilan pil perancang itu menjejaskan kesuburan dan menyukarkan saya untuk mengandung lagi
September 29th, 2011 at 7:02 am
salam…
walaupun sy bru 6 bulan berumahtangga, keinginan untuk memiliki cahaya mata amat kuat memandangkan kawan2 sy yg berkahwin selepas sy pun sudah disahkan hamil…kdg2 perasaan ni turut terguris apbl kawan2 dan ahli keluarga asyik mengikuti perkembangan kami suami isteri, sampaikan ada yg ingat kami merancang…sy mmg penggemar fastfood, dan suami pula masih dlm proses untuk berhenti merokok…insyaallah, sy akan sentiasa mengamalkan al-musowwir ini…mudah2an doa ini akan dimakbulkan…amin
October 4th, 2011 at 6:40 am
salam…
saya baru lepas baca komen2 yang diberi dalam site nie..saya dah 2 thun berkahwin…tapi masih belum ade rezki mendapat cahaya mata….umur saya dah masuk 30 tahun..saya dah mula risau kerana oran kate makin meningkat umur makin kurang subur seseorang…kami tidak pernah merancang..saya bukan penggemar jeruk dan fastfood..saya memasak di rumah walaupun saya bekerja…saya akui suami perokok..apakah punca sebenar kami masih tidak mempunyai zuriat?
October 12th, 2011 at 3:38 am
Saya telah berkahwin selama hampir 5 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun.Setelah mengambil pil perancang selama 3 tahun, saya berkeinginan untuk mendapatkan anak lagi. Tetapi setelah lebih setahun berhenti mengambil perancang, kami masih belum dikurniakan anak. Untuk pengetahuan tuan, saya tiada masalah period dan saya mengandungkan anak pertama setelah sebulan berkahwin. Kami sudah bersama pada waktu subur. Kami juga bukanlah penggemar fastfood. Harap dapat membantu. Terima Kasih.
October 21st, 2011 at 4:15 am
Jangan putus asa dan berdoa pada Allah untuk minta zuriat ye. Janganlah sesekali putus asa.
October 28th, 2011 at 1:33 am
saya telah berkahwin selama 3 tahun.belum lagi dikurniakan zuriat.masalah saya adalah saya susah dtg bulan..dalam 6-8 bulan hanya sekali saya dtg bulan…semasa dari remaja lagi sya ada masalah ini…bantulah saya dan beri petua agar saya senang datang bulan..
February 24th, 2012 at 5:02 pm
Sy dan suami adalah mangsa sihir. Dr segi fizikal jg, sy mengidap endometriosis. Sdg mndapatkn rwtn sihir dgn ust lokman syifa al- hidayah. Mslh sihir dikatan smakin baik namun suami msh ada lg. Persoalan skrg, haid sy adalah 15 hari. Sy tidak arif mengira waktu ovulasi. Ada sesiapa boleh bantu?
March 21st, 2012 at 3:52 pm
kak….mak cik limah tue tinggal area mana yer???
April 10th, 2012 at 4:36 am
saya baru sahaja kawin pada bulan 2,2012. masalah sy skrang ni mengenai kitaran haid, dulu time alam persekolahan kitaran haid sy normal, bila dah kerja n sebelum kawin kitaran haid saya kadang2 xdatang 2bulan kemudian bila haid saya datang ia m’gambil masa sebulan lebih baru bhenti tapi kadang2 kitaran haid saya normal baik.. saya nak tau nanti boleh ke saya hamil?.. kerana sekarang masih tiada tanda2 untuk hamil, biarpun haid sudah lewat sebulan, malah saya sudah test dengan alat pgesah khamilan tetapi keputusannya negatif.
April 18th, 2012 at 3:36 am
nk tnye klu nk taw ade saka,mcm mn yer,kite nk jmpe sape??adakah ustaz yg berhmpiran kota damansara..sy da 4thun kwin blum di kurniakan ank lg
June 1st, 2012 at 5:05 am
askum…saya dh 4thn lebih kahwin tpi blm lgi dkurniai cahaya mata tpi seawal perkhwinan selama 3 bln berkahwin saya dsahkan mengandung 2 minggu lebih. gembira rasanya kami suami isteri tak terhingga tpi apabila kandungan saya mencecah 3 bulan saya mengalami keguguran selepas memakan jeruk buah ara dan pada masa yg sama tekanan drpda keluarga.
August 2nd, 2012 at 1:12 pm
insyaallah….akn cuba amalkan petua pemakanan dan ayat diatas
September 13th, 2012 at 2:02 pm
ASKUM..sya dh kawin 4 thn tp masih blm dikurniakan anak,pelbagai rawatan telah sya cuba.moden dan tradisional.sya jg telah 4 kali mkn ubat kesuburan.clomic.rawatan urutan kampung lebih 6 kali..tp masih tak berhasil,sya sgt berharap mempunyai anak.usia sya dh 28.suami 29.kami sgt sukakan budak2.skarang kami hanya menumpang kasih dgn anak2 sedara….haid sya sgt teratur..boleh dikatakan tepat setiap bln.tidak mgalami segugut..suami normal..tidak merokok.jrg minum air bergas…jeruk jrg sekali..begitu jg sya.kami suka mkn ulam-ulaman…harap beri pertua yg boleh sya cuba..atau ihtiar….trima kasih..
January 1st, 2013 at 8:51 am
slm…sya dh berkhawin slma 3 tahun 1 hari…semalam genap 3 thn..sya masih belum mdptkn zuriat smpai skrg…sudah bermcam cara dan kaedah yg sya dan suami lakukan utk m’dptkn zuriat…kitaran haid sya pulak ok je…stiap bulan mesti dtg bulan…sya juga bersama suami di waktu subur…ada org mgatakan produk BIODEX…berkesan..tapi sya belum lagi mencuba produk tersebut…sya harap admin dpt membantu sya…
terima kasih…