Jaga Zakar Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembiradan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila diapulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suamianda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suamiakan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakarsuaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantusuami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyakmeminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalahmerancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yangmelibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangananggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihatoleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bilaberjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak andalebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidurbersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalamkehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dariberleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauhhati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segalasegi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategimemujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anakanda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlahdengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertianbahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suamianda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dankeletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut ****. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukanjima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalahanak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

This entry was posted on Saturday, January 2nd, 2010 at 8:13 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Jaga Zakar Suami”

  1. nurya Says:

    syahdunya rasa… terasa ingin sgt untuk membahagiakan suamiku kelak…. thanks for the lovely info…

  2. zaqie Says:

    ermmm,good info for women

  3. snz Says:

    sungguh indah n bahgia kalo dpt istri cmni..btuah sgt2…

  4. anis alya Says:

    sy kngsi ilmu ni di blog sy ye…

  5. sobsob Says:

    kita pun nak bahagiakan suami, tapi suami kita kerap mengeluarkan perkataan tidak enak n elok..hati kita terluka n tak dpt nak berikan layanan seikhlas nyer…kita sering rasa tertekan ngan makian n nama panggilan yg suami berikan (panggil kita lembu, setan etc) untuk kesalahan kecik shja..ada masa kita rasa seperti ibu tunggal…jadi isteri, ibu and berkerja. suami sendiri dha pernah ckp yg dia tak sayangkan kita lai, tiap kali melakukan hbgan ‘intim’ dia tak pernah mengatakan sayang nyer lai..summary: he doesn’t love me anymore, he just stay because of the baby..sobsobsob..

  6. suami bahagia Says:

    bahagia bila dipeluk dan dimanjakan oleh isteri..rindu sgt2 kt isteri saya..

  7. Andimazlan Says:

    Suami pun kenala jaga hati dan kepentingan isteri juga. Kesian kepada Pn sobsob. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga suami menjadi lembut hati. Alhamdulillah isteri saya sentiasa menjaga kebajikan saya.

  8. feri Says:

    jarang yang terjadi demikian …
    tapi kalau ada …
    ana mau menikahinya …

  9. Suffian Abdullah Says:

    Harta terbaik yang dimiliki seorang suami ialah isteri solehah. Untung dunia akhirat.

  10. Rozy Says:

    tersentuh hati coz suami dah 12 tahun meninggal dan tak dapat buat mcm tu lagi tapi syukur sewaktu dia ada memang sayang dan sangat mencintainya sepenuh hati …………..hargailah dan layanilah suami anda dengan penuh keikhlasan kerana Allah….

  11. IkaAR Says:

    bukan hanya isteri saja yg asyik kene ikut bperaturan itu, peraturan ini, si suami pun kena pandai memainkan peranan agar keutuhan rumahtangga dapat di capai

  12. mas fi3 Says:

    apa yg saya bca tadi btul2 mmberi smagat pada saya..saya sayang suami saya walaupun satu ktka dlu saya pnah buat dia tlka,,tapi kasih syang nya thdap sya mmbuatkan kami stil smpai k hari ini….Tq syang…..kau cahaya cinta..sayangilah suami anda smtara dia masih ada,,,,,

  13. taming Says:

    kalo la bini aku mcm ni kan best…ni hampeh

  14. isteri bahagia Says:

    stp pagi sblm suami pegi keja sy mmg akan menciumnya lau tak dipipi,sy akn menciumnya dibibir.pernah skli msg2 tbgn lmbt dan msg2 tlwt gi keja mybbkan sy terlupa menciumnya kerana pd waktu tu dia msh lg mandi dlm bilik air..ermm merajuk dia ngan sy 1 hari.peristiwa tu tlh memberi pgjrn pd sy betapa suami hrs diptgkan dulu dp sglanya. sy sgt menyayangi n mcintai suami sy..kdg2 dia ada ckp yg dia rimas ngan sy asyik nk bkepit 24 jam.di tempat tidur, sy sllu mahukannya.bg sy jima’ bersamanya mbuatkan sy rasa dicintai dan diperlukan slain mghilangkan stress sy ngan mslh keja.

  15. titi Says:

    saya pulak cam malas nak ‘bersama’ tak tahu kenapa? sb penat dgn kerja kot..ni tgh cari semangat nih..

Leave a Reply