Masalah Lebih Protein

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.

Mitos teori penyerapan makanan

Kebanyakkan pakar nutrisi klasik mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, cuma 1/7 atau 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil keperluan susu setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada segelas susu ialah 28mg. Kemudian mereka menyarankan agar ia diambil dua kali ganda untuk mendapatkan jumlah yang sama diperlukan oleh ahli sukan dan buruh kasar dengan alasan supaya kita menjadi cergas seperti mereka. Akhirnya mereka mencadangkan pengambilan dua gelas susu sehari. Oleh itu, kiraannya menjadi 56mg sehari! Jumlah ini melebihi keperluan seorang ahli sukan dan buruh kasar.

Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein

Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu.Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kecing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.

Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.

Punca kutil, ketuat dan tahi lalat

Ikatan proten yang membentuk lemak di dalam system limpatik boleh tersekat di bahagian bawah kulit. Akibatnya terbentuklan tahi lalat. Penimbunan yang lebih besar akan membentuk ketuat dan kutil. Pembetukan ini biasanya sukar untuk surut semula atau ia dipanggil pembentukan kekal. Sebaliknya ia akan terus bertambah besar sekiranya pengambilan protein berterusan.

Faktor jerawat

Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk didalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (NW14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bacteria terjadi dan system limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bacteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang sihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotic tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bacteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.

Selaran cahaya matahari atau kegelapan kulit

Protein yang berlebihan yang disimpan di bawah kulit dalam bentuk asid lemak ialah bahan yang mudah teroksida. Cahaya matahari boleh menyababkan protein teroksida dengan mudah. Pengiksidaan protein akan menjadikannya mudah bertukar kepada warna yang gelap atau kehitaman.

Mereka yang mengambil makanan tinggi protein akan mudah terselar atau menjadi gelap apabila trededah dengan cahaya matahari.

Obesiti dan masalah berat badan

Lemak yang berlebihan terkumpul di bawah kulit lama-kelamaan akan turut bertimbun jauh dari kulit. Kegagalan hati untuk memproses semula lemak yang tebentuk boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan masalah obesity.

Masalah buah pinggang

Organ yang pertama akan menyahkan protein ialah Buah Pinggang (NW13). Kehadiran protein yang terlalu tinggi akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan tidak cekap. Akibatnya akan terbentuk plug atau karang di bahagian dalam buah pinggang. Selain buah pinggang, saluran uretra dan ureter serta pundi kencing dan prostat akan terganggu. Antara symptom yang muncul akibat daripada masalah ini ialah masalah membuang air kecil seperti kerap kencing, tidak tahan untuk membuang air kecil dan kencing malam. Jika masalah prostat terganggu disertai dengan kelemahan kelenjar adrenal, maka akan terjadi masalah kencing tidak lawas dan terkucil.

Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada Buah Pinggang (NW13). Kelenjar adrenal yang terjajas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat elektrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat dikawal oleh kelenjar adrenal. Masalah daripada kelenjar adrenal akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan seksual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyrat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.

Anda boleh menguji tenaga elektrik di kelenjar adrenal dengan cara menyucuk pinggang seseorang. Jika dia mudah terkejut, ia menunjukkan tenaga elektrik mencukupi. Jika tiada tindak balas, ia menunjukkan kelenjar adenal terjejas akibat terlebih protein.

Masalah IQ tinggi

Hati (NW12) ialah organ yang pertama memproses protein. Tetapi apablia protein berlebihan, hati akan terbeban dan mengganggu pemikiran kreatif. Akibatnya tahap IQ akan meningkat. Antara tanda disebabkan oleh masalah ini ialah pemikiran menjadi buntu, lurus bendul dan setiap yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Apabila IQ (intelligent quotient) tinggi, maka akan berlaku masalah kekurangan EQ (emotional quotient). IQ ialah keupayaan menggingat dalam bentuk trouma. Ingatannya menjadi kekal dan tidak dapat diperbaharui. Jika keupayaan IQ digunakan untuk menghafal, hafalan tersebut kuat tetapi bersifat sementara.

Bagi pelajar, mereka yang mengambil protein berlebihan tidak seimbang pencapaian bagi semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang terbaik pula tidak menacapai tahap cemerlang dan sempurna. Walaupun mereka mendapat markah tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, tetapi mereka tidak memahami hakikat sebenar tentang apa yang dipelajari dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

IQ yang tinggi akan menyebabkan seseorang kurang penhayatan dan menghargai orang lain. Pelajar yang tinggi IQ nya akan mudah menjadi keras kepala dan degil. Di dalam kelas mereka suka mencari kesalahan gurunya.

Walaupun IQ menjadikan seseorang itu dapat mengingat melalui hafalan, tetapi hafalan tersebut ialah kesan trouma akibat daripada paksaan. Kesan ini tidak dapat diperbaharui dan boleh menjadi ingatan jangka pendek, tetapi akan terimbas kembali dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku rangsangan peristiwa.

Sebagai kesimpulan, di bawah ini ialah jadual perbezaan antara IQ dan EQ;

Emotional Quotient Intellectual Quotient
Belajar melalui penghayatan dan pemahaman Belajar melalui hafalan
Pengalaman jangka panjang Ingatan jangka pendek
Menghargai dan memahami orang lain Memberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu
Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum diminta Cemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil
Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatif Lurus bendul jika menurut perintah
Bekerja lebih masa dan menggandakan kerja Bekerja dengan jalan pantas atau seperti yang dikehendaki sahaja
Memperbaharui pengalaman Dihantui peristiwa
Menganalisa dengan terpeinci Mengekstrak isi penting
Yakin dengan pengorbanan Terpaksa menipu untuk selamat
Perkara yang jelas salah, dihindari Matlamat menghalalkan cara

Pelupa

Kebanyakan sumber protein mempunyai radioisotope 12 iaitu sifat logam berat yang mudah teroksida, punca kanser dan membebankan kelenjar untuk menghasilkan hormone. Kelenjar memerlukan mineral untuk membantu menghasilan hormone. Tetapi kehadiran logam berat akan mengganggu fungsi kelenjar. Kelanjar yang paling terjejas ialah kelanjar Pituitary (NW2). Kelenjar Pituitary (NW2) berperanan menjaga ingatan jangka panjang yang boleh diperbaharui.
Pengambilan protein berlebihan akan menyebabkan penigkatan IQ tetapi hakikat sebenarnya kurang daya ingatan segar atau ingatan mutlak yang boleh diperbaharui dan tertakluk kepada penghayatan dan rasa menghargai orang lain.

Mata silau

Organ Hati (NW12) mengawal protein yang akan membantu otot terutama di bahagian ligamin. Di bahagian mata, iris ialah bahagian yang paling terjejas akibat daripada pengambilan protein berlebihan. Akibanya iris tidak dapat mengawal pencahayaan yang masuk ke bahagian mata. Oleh itu, mereka yang mengambil protein yang berlebihan akan menalami masalah mata silau dengan cahaya atau apabila keluar dari rumah. Tandanya akan kelihatan seperti mata hendak terbedip atau hendak terpejam.

Faktor Gout

Protein adalah besifat asid. Apabila protein hadir berlebihan dalam darah, ia akan ditukar menjadi asid lemak untuk disimpan. Tetapi asid lemak berlebihan akan ditukar menjadi uric asid dalam darah untuk disingkirkan oleh tubuh.

Jika uric asid berlebihan tidak dapat disingkarkan, ia akan terkumpul di bahagian kaki. Ketika tidur, uric asid akan terperangkap di bahagian bawah tapak kaki. Simptom seperti sakit di tumit ketika bangun dari tidur ialah tanda awal terjadinya gout.

Mudah demam

Pankreas (NW15) akan merembeskan glycogen untuk menutralkan uric asid berlebihan. Tetapi jika uric asid wujud dalam kuantiti yang banyak, pancreas akan terbeban sehingga menyebabkannya menjadi lemah. Pankreas dikawal oleh bahagian otak yang juga berfungsi sebagai pusat Kawalan Suhu (NW7). Kelemahan di bahagian Pankreas (NW15) juga akan menyebabkan pusat Kawalan Suhu (NW7) menjadi lemah.

Kekuatan pusat kawalan suhu (NW7) akan memastikan tubuh mudah menghadapi perubahan suhu persekitaran. Jika suhu badan tidak dapat dikawal akibat terdedah dengan hujan atau panas terik akan menjadikan tubuh tidak dapat mencegah jangkitan bacteria punca selsema dan demam.

Mereka yang mengambil protein berlebihan akan kerap mendapat demam sekiranya terdedah kepada panas atau hujan. Sekiranya kelemahan di bahagian pusat Kawalan Suhu (NW7) disertai dengan system darah yang lemah, maka seseorang mudah mendapat jangkitan demam denggi, demam malaria, demam urat dan sebagainya.

Punca kemiskinan

Kemajuan terjadi serentak dengan daya pemikiran yang maju (The Low of Attraction dan Hukum Keseimbangan). Dengan cara pemikiran yang buntu seeorang itu amat jauh daripada daya pemikiran kreatif yang akan memajukan diri. Pengambilan protein tinggi hanya akan menyebabkan kesempitan hidup.

Masa akan menjadikan seseorang itu maju dan bebas daripada kongkongan. Protein ialah logam dan jisim yang akan terperangkap dengan tarikan gravity. Seseorang yang mengambil protein tinggi tidak akan berganjak daripada nasib hidupnya.

Mereka yang mengambil susu tinggi protein akan mengalami masalah kesempitan hidup.

Protein yang diperlukan

Protein yang diperlukan oleh tubuh ialah protein radioisotope 14. Sumber protein 14 ialah ikan, susu kambing dan susu unta. Kandungan protein dalam sumber ini ialah ideal iaitu kurang daripada 50mg bagi setiap hidangan iaitu seekor ikan dan segelas susu kambing atau unta.

Mitos keperluan protein

Protein yang berlebihan dalam badan sebenarnya boleh meresap terus di dalam tubuh tetapi tidak akan bersenyawa dengan kromosom pada DNA dan RNA sel. Resapan protein ini akan menyebabkan sel akan kelihatan gemuk dan segar, tetapi tidak mempertenagakan sel. Sesuatu organ yang menerima protein yang banyak masih mampu merembeskan sesuatu enzim, contohnya rembesan insulin daripada pancreas. Inilah sebabnya sesetengah orang mendakwa susu awal lembu atau susu yang mengandungi lebih IGG ini membantu mencegah masalah diabetes atau kencing manis.

Insulin hendaklah dirembeskan mengukut isyarat rembesan yang dihantar oleh otak supaya gula dapat dicernakan dengan sempurna dan insulin dapat dirembeskan pada kadar yang tepat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar insulin didapati meningkat setelah pengambilan susu tinggi protein, tetapi insulin ini tidak dapat mencernakan keseluruhan gula yang terdapat dalam tubuh secara semua jadi disebabkan rembesannya tidak secara semula jadi.

Insulin yang dihasilkan terlalu banyak dalam tubuh akibat daripada masalah ini bukan sahaja tidak dapat mencernakan gula dengan efisyen, malah lebihannya akan menjadi punca gastric kerana ia bersifat menghakis dinding-dinding perut.

Selain pancreas, organ-organ lain seperti Perut, Hati dan Limpa (NW12), Buah Pinggang (NW13), Hempedu (NW14) juga akan menjadi (seperti yang paling sesuai diistilahkan sebagai) gemuk. Tetapi tidak bertertenaga malah menjadi lemah. “Kegemukan” organ-organ ini hanya akan menjadikan rasa sakit di bahagian tersebut menjadi terhalang. Hubungan organ ini dengan tulang belakang akan menjadikan rasa sakit belakang hilang untuk sementara waktu.

Janganlah jadikan kedua dua alasan ini (merawat diabetes dan sakit belakang) sebagai sebab untuk seseorang itu mengambil susu tinggi protein. Kemudaratannya lebih buruk daripada manfaat yang ada.

This entry was posted on Monday, May 10th, 2010 at 4:45 am and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Masalah Lebih Protein”

  1. saya Says:

    tq.info yg sangat berguna.baru nak ambil susu tinggi protien.tp dah kuburkan niat.nak cari susu kambing la.hehe

  2. azran Says:

    dulu bnyk amek susu protein tinggi…sejk thn 2005..skrg sya dh kena bisul 2kli dlm tempoh 2 buln..ada kaitan x?..slsema jrg brlaku..cuma diawal pg shj..

  3. gadissemasa Says:

    nasib baik tak minum susu tinggi protein .. -.-’ , info yg bergunaa :D

  4. nor Says:

    dua org sepupu saya di sahkan mengalami masalah lebih protien dlm bdn..ada yg slalu ulang alik ke hospital..yg dlm wad skrg pn ada.simptom2 yg ada bdn jd sembab dan pening2. Apa agaknya punca terjadi masalah ini yer..adakah di sebabkan faktor pemakanan atau gaya hidup mereka sendiri.

  5. abe yie Says:

    saya berniat utk meningkatkan berat badan kerana terlalu kecil dan kurus. saya dicadangkan oleh rakan utk mengambil supliment dalam bentuk protein. protein tersebut biasa digunakan oleh ahli bina badan yang aktif. selepas membaca info ini, saya menjadi takut untuk mengambil protein itu lagi kerana kesan sampingannya terlalu bnyak… thanks…

  6. tandok jer Says:

    butuh hang

  7. milashamila Says:

    jika kita terlebih protein,adakah kita perlu kurangkan protein?

  8. zam Says:

    mcm mn dgan atlik bina badan yang mengambil protien berlebihan??
    mereka memang memerlukan sumber ini untuk pertumbuhan otot dan tenaga..adakah mereka ini juga terdedah dengan risiko ini walaupun mereka melakukan senaman yang hardcore(berat)..

  9. azyalinda Says:

    Assalamualaikum,,
    anak sedara saya dimaklumkan ada masalah lebih protein dan masih di wad hosp yang pd mulanya hanya berpunca dari demam panas yg tinggi. Berumur 3 tahun, seorg yg aktif, lasak walaupun perempuan, saiz badan agak besar, berat 21kg penurunan akibat demam. Apakah makanan yang sesuai untnya? Adakah masalah ini kekal sepanjang hayat atau semntara shj? Bagaimana rawatannya? Bantu saya….

Leave a Reply