Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga

(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)

Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..

Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..

Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…

Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..

Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?

Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..

Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..

Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…

Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…

Ok, cukup sampai situ.

Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

Kenapa?

Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…

Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya,

Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?

Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!

Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..

Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!

Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?

Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..

Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?

Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!

Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!

Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,

Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!

Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?

Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..

Begini ceritanya…

Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…

Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..

Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!

Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya…

Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!

Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!

Jadi nak buat macam mana?

Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!

Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)

Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..

Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian…

This entry was posted on Monday, August 23rd, 2010 at 5:35 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

49 Responses to “Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga”

  1. ya Says:

    tqs ur advse. very usedfull w/pn agk pedas

  2. panda Says:

    sy redha dgn semua ini bagaiman klu suami hanya mjaga hati ibunya.
    tp hati seorg isteri d abaikan…….

    sanggupkah seorg perempuan seorg isteri menahan hati…..

  3. admin Says:

    Pada suami terletak syurga..
    Anda perlu bersyukur panda kerana suami menjaga ibu dan meletakkan ibu ditempat paling atas.

    Sekiranya dia bertanggungjawab pada ibunya maka pasti dia akan bertanggungjawab pada anda sekeluarga kelak.

    InsyaAllah

  4. panda Says:

    amin… arap2 bg2lh hendaknya amin.

  5. misha Says:

    saya ni manusia biasa.sedang berusaha untuk membaiki diri.sedikit tak bersetuju dengan pendekatan nasihat yang digunakan,sepatutnya ada unsur2 nasihat pada suami dan bukan hanya meletakkan semua kesalahan pada wanita. wanita adalah manusia yang lemah dan suami perlu memberi bimbingan.

  6. zorro Says:

    artikel ni ialah nasihat unutk isteri, nasihat unutk suami pun ada dalam artikel lain yang khusus unutk tu

  7. farzana Says:

    assalamualaikum.
    tq atas nasihat anda. banyak pengetahuan yang saya dpt dari artikel anda. tapi..lelaki juga perlu tahu…kalau inginkan isteri solehah seperti siti khadijah jadikanlah diri anda soleh seperti Nabi Muhammad. kalau kita baca cerita-cerita nabi muhammad, beliau juga tak pernah meninggikan suara pd isteri, menolong isteri membuat kerja rumah, menolong menjaga anak2, memberi nasihat dengan suara yang lembut dan banyak lagi.apa salahnya suami mengikut sunnah junjungan nabi kita.sekiranya si suami mengamalkan apa yg diajarkan oleh nabi kita nescaya rumahtangga yang dibina akan bahagia di dunia dan syurga pasti menanti kita di akhirat kelak.saya menyeru kepada semua suami isteri serta kepada diri saya juga bersama2lah kita menjaga keharmonian rumahtangga kita. dalam rumahtangga perlu ada kesefahaman bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. sesungguhnya yang baik drp Allah yang buruk dtg dr kelemahan saya sendiri.

  8. ct Says:

    Saya tgk nasihat dan contoh2 teladan yang diberi semuanya isteri suri rumah.Mcm mana kalau isteri bekerja semata-mata tolong suami.Sepatutnye suami kene bersyukur isteri bantu cari nafkah.Ni dah la isteri tak penah dpt nafkah zahir drp suami walau sesen pn…Pas tu nak balun isteri suka2 hati.padahal tanggungjawab suami tu kene beri nafkah zahir dan batin….klu isteri ni blh suka2 hati lepak kat kedai mamak seperti si suami mungkin tak terjadi leter meleter ni kot.

  9. azzra Says:

    tergamam seketika melalui pembacaan dr blog penulis ni..alhamdulillah mudah2-an saya dapt membahagiakan rumahtangga saya..

  10. man Says:

    Memang ideal kalau dapat buat begitu. Waniat yang tiada sifat mazmumah yang dapat buat gitu. Apa cadangan anda untuk hadapi suami yang memang sebenar-benarnya malah dia bagi tau lagi, dia hanya gunakan kita sampai time dia dia cukup duit untuk kawin lain. Untuk 20 tahun dia datang pada kita bila2 dia nak lepaskan keperluan dia tanpa peduli kita puas/ke tak dan dia akan tolak mentah2 bila kita yang nak dgn alasan kita ni hodoh dan dia sebenarnya rasa jijik. Time dia lepas, dia anggap kita hanyalah benda Halal yang dia tak payah bayar lagi unyi over - tapi itulah kenyataannya. Oh lagi best, dia kata isteri macam kain buruk je, bila-bila boleh ganti. Macamne tu?

  11. ariffafandi Says:

    MAHA SUCI TUHAN

    Saya baca tulisan mengenai suami isteri… dah banyak dah. Disurau pun cerita yg sama….banyak sangat

    Saya seorang suami, ada isteri dan anak seorang aje.
    Saya sayang isteri saya sungguh2 dan dia tau saya memang tersangat sayangkan dia. Kami sudah 11 tahun kahwin…. sangat bahgia.

    11 tahun hidup bersama…. banyak manis….pahit..masin dah rasa..Saya cuba untuk berkongsi pengalaman dgn pembaca…. bukan nak bawa ugama baru.. saya orang islam…hidup cara islam….kami suami isteri benar2 cuba jadi islam terbaik.

    Mari kita bentangkan pemikiran kita luas2…. apakah itu agama….apakah itu cara hidup…..benarkah agama kita.
    benarkah cara hidup kita?? Perkahwinan adalah taupan dua jiwa dgn cara halal….. semakin lama kahwin sepatutnya cinta semakin HEBAT… sayang semakin HEBAT tapi jarang2 berlaku sedemikian…. kenapa ya?

    Kita ada masaalah suami isteri bawa jumpa ustaz…. ustaz kata sabar…. ini lah dia ujian…. terutama siisteri .Taat lah kepada suami kamu….. ujian untuk mendapatkan syurga bukan mudah….struggle… go for it.

  12. ariffafandi Says:

    Suami adalah pemimpin keluarga…. sepatutnya si suami bijak dalam kepimpinan… sayangkan isteri…. belai isteri… apakah cuma atas katil saja setelah isteri dibogelkan baru nak sayang…. baru nak belai….. BUKAN begitu…..

    Katakan lah si isteri keletihan…. baju diampaian lencun tak sempat nak angkat kena hujan….ikan yg dibeli dicuri kucing….frust si isteri….cuma ada sayur aje nak masak….
    Suami balik kerja marah pasal ikan goreng kegemaran tak ada….selera makan putus….marah dia kenapa tak beli yang lain…. siisteri diam aje…. dalam hati kecewa kenapa si suami tak mau faham…

    Setelah selesai menonton tv….baca suratkhabar…. sembahyang isyak…..pastu naik katil le si suami…. diajak isteri marilah memadu kasih.. kan hari ini malam jumaat….. isteri keraskan badan….protes…..isteri tarik selimut….. bengang… maka melentinglah sisuami…marah betul dia….. suami kata jangan derhaka jangan engkar… walau diatas unta sekalipun isteri kena akur kemahuan sisuami…..burung2 di langit…ikan2 dilaut serta malaikat akan melaknat si isteri…. syurga akanjauh dari siisteri….. takut dgn ugutan …. di ikutkan kemahuan suami…..pastu tidurla si suami dengan dengkuran…zzzzzz

    Sejujur kata apakah ini yang dinamakan kehidupan…….
    siapakah sisuami pada ketika nafsu syahwat memuncak..
    siapakah siisteri yg dipaksa tanpa rela….akan jauhkah syurga dari siisteri… siapakah yang tahu hati kecil si isteri…. hanya ALLAH YANG TAHU…merintih jiwa isteri sex sudah bukan lagi satu nikmat tetapi perhambaan suami kpd isteri… buka minda… ALLAH SAHAJA YG TAHU.

    Perkahwinan adalah perkongsian hidup lelaki dan wanita…. dibajai dgn kasih sayang….. cinta tak ada hujungnya…. WAU …..tingkah laku buruk suami bukan satu ujian untuk siisteri…panas baran sisuami…. apakah perlu ditelan aje semua itu….simpati saya pada siisteri..
    hati kecil….rasa kecewa isteri pasti merajuk….ikan di laut tak faham apapun…burung2 diawan tau apa tentang hati isteri…. malaikat apatah lagi….jangan campur urusan suami isieri…

    Islam satu agama yang hebat…alquran diturunkan untuk seluruh umat manusia…. kemanusian didalam alquran banyak untuk dipelajari…. explore…. suami lah yg mesti sabar…suami lah yg wajib bijak…. fahami lah hati isteri.. body language isteri…. wajib dipelajari si suami

    Jangan dibincang lagi pasal syurga isteri….itu satu ugutan.. islam bukan agama ugutan. jika kehidupan dunia rasanya neraka pada siisteri… suami yang bersalah…sex suatu nikmat yang perlu dikongsikan…dua hala…… apakah sudah tidak ada kemanusian dalam agama islam.

    Segala-gala perangai buruk suami……pemalas suami… ego suami adalah suatu petaka dalam hidup rumah tangga.Bukan ujian wahai ustaz ooi…. tanggunjawap adalah satu amanah… isteri kita bukan pelacur…. dibelai cuma atas katil…isteri wajib dibelai…sabar…. tunjukkan kepimpinan…. sayangi dia….barulah isteri kita nak masuk syurga bersama kita…. cuci balik salah faham tentang ISLAM… NANTI BERDUYUN-YUN ORANG AKAN MASUK ISLAM

  13. wanihalil Says:

    thanx 4 da info…me nk share entry ni boley???me copy yer?

  14. abubakar Says:

    Salam..

    Berbahagialah suami dan isteri yang saling lengkap melengkapi…

  15. adda Says:

    ariffafandi….u betul2 memahami……ape pun Islam itu indah……

  16. terkilan Says:

    salam… sehabis baik sudah saya buatkan utk isteri tersayang tp dlm diam2 dia menyintai & menyayangi orang lain …. kasih & syg utk kami tidak kurang cuma dia memberi kasih & syg yg lebih pd lelaki lain … apa yg dia mahukan lagi ….

  17. no name Says:

    mungkin nasib admin malang kalau dpt bini mcm tu! dimaki macam anjing tiap2 hari… so, bila dah sakit hati, kepala lak berasap, tu yang tulis mcm nie.. kalau admin berniat untuk memberi nasihat, bukan dengan cara bercakap secara pedas dan berat sebelah. org yang baik, akan menyampaikan sesuatu dengan cara yang baik.. soal dosa dan pahala itu Allah yang tentukan.. betul, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat… tp kita sbg manusia biasa dikurniakan akal fikiran untuk pikir apa yang patut atau x patut kita buat.. perlu ada timbangrasa dan bertolak ansur.dgn cara menulis begini,nasihat yg baik pun sukar utk diterima sebaliknya menimbulkan rasa marah dan membuktikan ada sebilangan lelaki yg mementingkan diri sendiri.saya harap kita sama2 renungkan.

  18. mas Says:

    tq ats nsht/peringatan…

  19. sempoi Says:

    saya setuju pendapat bil.17
    emmm… rasanya yang menulis artikel ni ada masalah… tak sopan langsung… nak nasihat orang tapi tak pandai guna ayat.. kesian..

  20. hasan Says:

    Aslkm tuan punya blog. Minta izin copy artikel ini ya.

  21. Mal Says:

    Assalamualaikum, honestly speaking banyak yang boleh saya setuju dengan point point diatas cuma cara bagi nasihat kurang sopan. Dan bg pendapat saya pula, si suami juga perlu bantu in handling the family. Bukan buat si isteri seperti kuli. kata sayang? Mesti akan fhm dn bantu kalau tgk si isteri dah lemah longlai.

  22. Mr.ShahX Says:

    salam 1MY..bg aku artikel ni ok dah cuma penyampaian dia tu agak brutal skit dan aku suka..bukan apa zaman skrg ni dunia makin moden manusia pon dh bnyk berubah so paham2 la sndri tk payah la kita nak tegak benang yg basah atas apa yg kita nampak dlm masyarakat kita skrg ni..nak tau lebih lanjut masalah rumahtagga ni pi la jabatan agama tgk 1 bulan bape kes masuk..tp dlm setandan pisang tu takan la semua tu busuk kan?yg mana tk kena masalah sebegini Alhamdulilah la..tp yg mana dah kena bnyk2 la besabar insyallah..Allah Swt. tu Maha Kaya, Maha Pemurah, dan Maha Penyayang..Besabar bnyk ok..sekian

  23. surirumah Says:

    terharu saya bila membaca tulisan supervain…semua point yg supervain tulis nie mmg dah biasa kita dengar n mostly kita tahu but cara penterjemahan /explanation tu yg menyentuh lubuk hati..mmg nampak kurang sopan but kekadang kita nie perlu dengar nasihat yg kasar camnie baru nak berakal..hehe apa yg supervain ckp, byk yg saya stuju..ni utk kebaikan keluarga dan kebaikan seorang isteri tuk menjadi lebih baik..
    right now mmg, saya adalah salah seorang suri rumah yg sentiasa nak complain penat itu ini ,all e kerja rumah..n sentiasa je tak berpuas hati ngan husband yg look like relax n senang lenang..but bila baca tulisan supervain..saya rasa bersalah.. mmg betul, saya patut bersyukur at least my husband always at home n tak pernah nk lepak ngan member2..at least he’s always be beside us jg keselamatan kami sekeluarga..
    thanks a lot…

  24. mizz Says:

    thanks coretan ini betul2 menginsafkan saya yang suka merungut bila suami tak jaga solat, tinggal solat, tinggal puasa…dan kadang2 saya perli dia bila susah nak kejut bangun solat dan dia memang marah bila saya perli….sungguh berdosa saya…
    tapi…macam mana pula kalau dia abaikan nafkah dia..dia memang takkan bagi saya duit untuk makan minum kerana saya bekerja…dan tak pernah tanya saya cukup duit ataupu tidak…kadang2 itu yg buat saya bekecil hati…
    tapi..kadang2 hati mana yg tahan sakit kalau cara dia nasihat dengan kata2 yang seolah2 menghina……. :( mungkin saya ni bukan ahli syurga sebab asyik memedam rasa dengan suami….. untung siapa dapat suami baik, kan…..

  25. srs Says:

    thanks for ur sharing….very good for me…i have to learn the way to respect my husband…

  26. messonmyshoulder Says:

    bagaimana pula jika isteri berkerja dan menangung suami dari hujung rambut hingga hujung kaki,x cukup itu,bila isteri persoalkn ttg hak2 isteri mengikut agama..sepak terajang sampai ke badan,katanya dlm islam isteri x boleh meminta lebih…cukup dgn kemampuan suami…adakah itu alasan yg bole diterima pakai…mengikut kemampuan..sedangkn si suami mmg x bekerja dn segalanya keperluan rumahtangga,anak,tempat tinggal(semua yg patut suami bagi)isteri yg tangung seorang…nusyuz kah isteri itu bila dia meminta cerai…bukan sekejap…11 tahun lamanya..walau pun si suami membantu dlm kerja rumah..ttp bukankah memberi nafkah itu tangungjawab utama suami….adakah isteri kena bersabar dan angap ini dugaan(mcm dlm pendekar bujang lapok tu)

  27. Nora Says:

    Sy suka ayat… Suami tak semayang.. Tak posa.. Itu urusannya dgnnya dgn Allah.. Tapi kita sbg isteri takde hak utk menghukumnya.. Cukuplah sekadar menasihati.. Selebihnya.. Serahkannya pada Allah
    Sy suka coretan ini walaupun ada bahasanya yang agak pedas.. Kita sbg isteri kadang2 terlupa.. Bila di nasihat lembut ambik leweh.. Dinasihat pedas.. Terbuka mata!! Lebih sentap, lekat di hati..

  28. x.t.g Says:

    sayang sungguh, entri menjela begini tapi langsung tak dimasukkan kisah bagaimana nabi muhammad melayan kerenah isteri2 baginda dgn snyuman. Usah btkan perbandingan isteri di malaysia dgn isteri di negara2 miskin yg lain sedangkan yg sewajarnya, bt la perbandingan layanan rasulullah kps isteri2 nya. Rasulullah penrah dimarahi, ditolak, direbut oleh isteri2 nya, tp sedikit pn tdaka merungut,jauh skali mengugut ttg hak syurga.sesungguhnya, nabi muhammad adalah contog terbaik umat manusia.

    Malang sungguh isteri yg dikejutkan di malam hari semata2 suaminya inginkan layanan,sdngkn rasulullah snggup tidur di luar rumah utk tidak mengejutkan aishah yg sudah tidur

    sungguhnya, isteri2 rasulullah yg mdapat didikan lngsung dr baginda juga tidak terlpas dgn ragam,apatah lagi isteri2 yg sudah jauh dr zaman baginda?

    bt penluis blog,kalau ilmu belum cukup di dada, usah menulis ttg rumahtngga. Ketara sungguh kecetakan pengetahuan..

  29. IsteriDerhaka Says:

    Rasa insaf bila baca blog ni. Alhamdulillah, sy dpt suami yg taat pada perintah Allah. Sembahyang, puasa mmg tak tinggal. Setiap hari, dia sentiasa mengingatkan sy utk solat. Kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami sy mmg seorang suami dan ayah yg penyayang. Rumah tangga kami tak menghadapi byk masalah kerana sikapnya yg penyabar. Cuma sy saja yg jenis suka marah-marah. Ada apa tak kena sikit naikkan suara pada si suami. Terlalu sensitif. Mungkin kerana duit sy lebih byk darinya menyebabkan saya kadang kala derhaka. Tp lepas baca blog ni, sy rasa insaf. Walaupun ayat yg agak pedas, tp bg sy berkesan utk nasihat isteri2 yg tak dgr kata mcm sy ni. Sy rasa sy seorang yg tak bersyukur dikurniakan seorang suami yg sgt baik.Tak pernah sekalipun tangan dia hinggap ke muka atau mulut sy ni (kalau sy jd suami dah lama sy pukul kalau dpt isteri mcm ni). Kerja rumah pun selalunya dia tolong sy. Tanpa disuruh, dgn alasan, “kesian abg tgk syg, penat bekerja” .. (padahal dia pun kerja jugak).Suami sy juga tak pernah memaksa utk ‘bersama’. Yg ini pun sy derhaka. Bila dia dtg pada sy, sy bagitahu sy penat.”Dah seharian keje kat opis. .letihlah!!”.. Lalu dia pun berlalu pergi, dgn mengatakan, “OK, takpe, syg rehat ye”..Ya Allah, bila ingat2 balik, betapa derhakanya sy sbg seorang isteri! Dah lah suami tolong buat kerja rumah, bila ajak bersama pun ditolak!..Bila malam suami mintak buatkan air kegemarannya Teh-O pun kadang2 sy bagi alasan penat. Suami sy kalau marah dia tak pernah naikkan suara. Dia sentiasa menasihatkan sy dgn lemah lembut. Takut sy terguris hati katanya. Betapa mulianya hati dia. Ya Allah, kenapalah aku macam ni? Dlm 3 golongan isteri yg blogger mentioned kat atas ni, sy rasa sy dlm golongan pertama. MasyaAllah, tak sabar nak balik bertermu suami dan minta maaf padanya. Sy akan cuba utk menjadi isteri yg baik. Kalau tak dpt masuk golongan ketiga pun tak apa lah, asalkan bukan golongan satu tu.Ya Allah, ampunilah dosaku..Abg, ampunkan dosa sy..Nasib baik suami sy masih ada di dunia ini. Masih belum terlambat utk sy meminta keampunan lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini.Masih belum terlambat utk sy menunaikan tanggungjawab yg sepatutnya sy buat sebelum ini.Dan masih belum terlambat utk sy menghormatinya sbg org yg akan membawa sy ke syurga (InsyaAllah). Nasihat sy buat isteri2 di luar sana yg bekerjaya, janganlah jd mcm sy. Walaupun pendapatan atau pangkat kita lagi tinggi dr si suami, jgnlah derhaka padanya. Selagi nadi masih hidup, dan selagi si suami masih ada di dunia ini, mohonlah keampunan padanya. Moga2 dia mengampunkan dosa kita.

  30. Zaza Says:

    seronoknya jd isteri..realiti sbenar br sy tau slpas baca coretan pedas awk ni..hehe..tima kasih byk…

  31. PartimeHousewife Says:

    suke bce entri ni wlpn ade yg komen bagai..apape pon..kite amek yg baik..yg buruk kite ketepikan…n sgt suke komen dr en ariffafandi..mintak share ye entri ni..thank u…

  32. ati Says:

    thanks for the knowledge. tapi x sumenya betul. sebagai manusia kita bole pertimbagkan mengikut kewarasan akal fikiran. wahai suami fikir-fikirkanlah………

  33. aish Says:

    Salam… Walaupun entri di atas agak pedas..tapi semuanya realiti kehidupan berumah tangga.. Suami saya seperti yang digambarkan blogger.. Insaf saya membacanya.. N saya berazam untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik walaupun bagaimapun perangai suami..walau nafkah kdg2 tak diberi, mungkin kerana saya juga bekerja dan pendapatan lebih tinggi, tanggungjawab mengurus rumahtangga hanya terletak pada saya, teguran dan sindiran pedas dtg bertubi2, moga Allah beri saya kekuatan untuk terus menyayangi dan mentaatinya.. Moga doa saya dimakbulkan Allah untuk dia berubah lebih baik

  34. Mahzyn Says:

    Tak ache la semua isteri kena buat ingat kita ni robot ke takde perasaan takde feeling,apela yg Kau tulis ni,Kau ni ade problem keape? Sori eh jgn marah,anyway ok jugak lakan.tepok dada tanya la diri.wasallam

  35. nm Says:

    salam…Ingin berkongsi ilmu..kalau salah sila diperbetulkan.

    Syurga anak dibawah telapak kaki ibu…dan…syurga isteri pula di atas redha suami ( bukan dibawah telapak kaki suami )

  36. suami Says:

    Tulisan yg bagus. Biar nasihat kasar baru terbukak minda tu. Nasihat lembut kita serahkan pd ramai lg ustaz lainndi luar sana. Kpd mereka yg ckp tulisan ni berat sebelah, sila baca ikut tajuk. Aku rasa tulisan ni mmg utk para isteri2. Aku harap admin ada buat tulisan lain jgk utk para suami2.

    Kalau campur dua2 side dlm satu tulisan konfirm takde yg insaf…

  37. nur Says:

    Saya setuju dengan misha, bagi saya memang ramai suami yang ambil kesempatan pada isteri, dari segi kewangan dan sifat berdikari isteri. sebagai manusia biasa, saya pun ada gak tak puas hati dengan suami, tapi bila pk2 dan kembali kepada Allah, saya dah silap, saya patutnya hidup kerana Allah, berkhidmat kpd suami krn Allah, suami ni hanya ujian sewaktu hidup yg sementara. saya jadi bahgia krn meletakkan matlamat hpd Allah, dah jadi kebal dengan sifat suami pemals, ambik kesempatan dan curang. biaq p la, nashat tak dengar, aku hidup dan mati kerana Allah, Allah yg bagi rezeki. Suami tak hargai semua pengorbanan pun aku dah tak kesah. Ada aku kesah?!

  38. nur Says:

    tambah seket lagi. memang senang nak taat pada mak bapak sebab ibubapa berkorban apa saja untuk kita, tapi suami ni mengorbankan harta benda dan kegembiraan kita, tapi sebab Allah dah pilih kita untuk diangkat martabat menjadi orang beriman, sabar jela.. banyak lagi kebahagiaan diluar sana. nangislah sepuasnya lau hati terluka tapi kembali semula dengan ketentuan Allah..

  39. nur Says:

    Kepada isteri2, bantu suami tu berpada2, isteri adalah tanggung jawab suami, bukan isteri menaggung suami. Biarlah suami mendapat pahala dgn melaksanakan tgg jwbnya. lau isteri byk sgt bantu, nanti suami naik lemak. tak caya buatlah.. lau isteri kaya, wakafkan harta tu lagi bagus.

  40. ezah Says:

    sy nk tnye mcm mne pula suami yg menumpang kesenangan isteri? semua isteri yg kne tangung keperluan ank n perbelanjaan suami sedangkn isteri tidak dibenarkn bekerja.. tetapi suami lokek dan berkira dgn isteri.. mcm mana sy nk menasihati suami sebegini?..

  41. hamba Allah Says:

    kpd penulis blog, mungkin ada perlakuan isteri anda yang mnyakitkan hati..
    sy amat tertarik dgn comment en ariffafandi yang bgitu lembut skali pndekatannya dan sy agk bersetuju dgn x.t.g “bt penluis blog,kalau ilmu belum cukup di dada, usah menulis ttg rumahtngga. Ketara sungguh kecetakan pengetahuan..”
    islam agama yang indah, menjaga hak kedua2 nya.berkongsi rse tidak salah, tp jgn smpai mngambil hak Allah utk mghukum si istri..sempurnakah anda sbg seorang suami? kajilah rahsia kbahagian rumah tangga baginda..sesungguhnya baginda contoh tauladan terbaik..belajarlah dr para sahabat yang mndpt didikan lgsung dr baginda supaya diri ini tidak sesenang hati menuding jari,meletakkan kslhan kpd si istri smata2..meh..bce kisah ni..

    Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

    Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

    Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

    Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

    Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

    Si suami tadi menjawab,

    “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

    Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

  42. hamba Allah Says:

    renung2 kanlah wahai para suami..saidina umar yg terkenal dgn sifat bengisnya pn boleh bersabar dan berlapang dada mlyn kerenah si isteri..sdgkn tugas khalifah lebih berat dr pekerjaan kbykan para suami di luar sana yg ta abis2 mrungut istri itu dan ini..

    comment ini hanyala skdr peringatan sbg hamba Allah.. nasihat suami sy, ble kt nak mrah psngn kt, cuba fikirkan sgla kebaikan drinya dan sgla pngorbanannya..

    wahai para suami, anda igt mudah menguruskan rumah tgga?? klau ta percaya cubalah amik cuti sehari, dan bt semua kerja rumah sbagaimana anda harapkan istri anda lakukan bt kalian..msak,kmas rumah,bsuh bju,beli brg dapur,didik anak,mlyn krenah psngn,etc,etc,etc..n nilailah sniri..

  43. JoJo Says:

    TERBAEK!!!!!

  44. cahaya malika Says:

    Salam, saya tak setuju dgn ayat kat bwh ni:

    “tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

    Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..”

    klau saudara admin byk baca kisah pada zaman Rasulullah saw, da tentu saudara xkan mngeluarkan kata2 macamni..
    Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

    Melainkan isteri yg tak dpt menerima tunjuk ajar atau berlagak, tu lain ceritanya..tapi klau isteri berleter sebab suami letak baju bersepah, suami tak tolong basuh pinggan dan buat kerja rumah dsb, itu memang patut ditegur..klau tegur x dengar, tu yg prmpuan berleter..lagipun, dalam Islam..keje rumah bukan tugas sebenar isteri tetapi itu adalah tugas suami..tugas isteri cuma melayan suami, berhias utk suami dan melahirkan anak utk suami..isteri melakukan tugas tersebut sebab kasihankan suami yg da penat mencari rezeki di luar..tetapi macamana dgn isteri yg sama2 bkeje? da tentu suami kena la rajin2 ringan tulang utk membantu klau x nak kena leter..klau suami rajin, da tentu isu leter x timbul..isteri bukan amah utk suami….arap suami2 di luar sana faham..

  45. baju muslim murah Says:

    good article, keep writing yo…

  46. sue Says:

    yer…saya setuju dgn artikel ni. pedas gak tapi kalo tak pedas tak terasa lak kan??
    kalo tengok macam kiter jer kena mengalah tapi ingat mengalah bukan bererti kalah…dalam idup ni kite tak bleh asyik nk mengharap atau menerima, kenalah memberi…
    lagik kena banyak2 sabor sebab kalo tak sabar keluar macam2 dari mulut kan..tarik nafas panjang-panjang, tenangkan diri, pergi solat kalo tiba-tiba datang angin nak marah n melawan…
    Tak aper kite memberi,sekurang-kurangnya kalo berlaku aper2 kite dah cuba beri yang terbaik. Terpulanglah pada dier…
    Kalo kite pk itu tanggungjwb dier, dierlah kena wat, dierlah patut itu dan ini sampai biler pun kite tak mau mengalah kan..
    kite tak boleh nak ubah orang,kite yang kena wat perubahan..think positive..lagik banyak kite memberi, pasti akan ader ganjaran di akhirnya…saya tak berpihak pada suami tapi sebagai isteri kite kena check diri kiter jugak…sebagai hamba Allah kiter kena redha dan byk-byk berdoa padaNya…Allah mendengar ..jangan jemu meminta kepadaNya demi kebahagiaan kiter suami isteri dan rumahtangga.Selebihnya Allah Maha Mengetahui…

  47. nsya Says:

    minta pendapat….mungkin ada yg boleh beri nasihat.mungkin sebagai isteri sy ada melakukan kesilapan tertinggi suara.saya akaui silap saya…sepanjang perkahwinan sy x penah dpt bimbingan utk jd isteri yg soleha.jiwa sy ksong.suami jarang solat,suke melayari laman lucah.bila sy nasihat akan dikata membebel…tp hati ini ingin sgt harap suami boleh jd imam sy.bila ajak berjemaah x penah suami nk.baru2 ni kami begaduh shga kini sy dan suami x btegur segala kewajipan mkn mnum sy x buat…sb hati ini tercalar dgn ungkapan yg suami berikan ‘igatkn dah mampus’ sebelum ni kalau gaduh mungkin sy akan mengalah tp ungkapan suami kali ini benar2 buat hati sy terluka dan benci hg sy terpikir utk berpisah shj.apa kah yg perlu sy buat..?perlukah sy mengalah? ada sesape boleh beri nasihat…

  48. suami sedih Says:

    bila terbaca blog ni hati aku bertambah sedih. bila kenang ister ku dirumah. adakah isteri ku salah seorang penghuni neraka? perkawinan kami mencecah 2 thn dan di kurniakan seorang anak lelaki dan sebelum ni aku pernah berkawin dan di kurniakan 2 org anak. 2 org anak ku dari hasil perkawinan pertama dahulu dijaga oleh org tua ku di kg. bila time cuti sekolah saja anak ku 2 org tu tinggal dgn ku. isteri ku yg baru ni pada awal perkawinan mmenunjukkan sikap yg baik taat dan patuh pada ku sentiasa dengar nasihat dari ku. setelah mengandung anak ku yg pertama dari hasil perkawinan ku dengan nya dia mula menunjukkan sikap dingin pada ku. pada mulanya aku sangka pembawakan baby. aku tak kisah la. semua urusan rumah mengemas memasak semua aku uruskan sebelum pergi keje. jarak perjalanan dari rumah ketempat keje sejauh 45 minit. isteri ku tidak berkerja setelah kami berkawin dia berhenti keje dan jadi suri rumah sepenuh masa. isteri ku banyak mengabiskan masa didalam bilik. sampai la dia melahirkan anak sikap nya byk berubah selalu dingin dgan ku selalu di tengking. semua tegurang ku bagai sampah tak berharga dia lebih percaya teguran family nya dari suami nya sendiri. sehingga kini anak kami mencecah umur 10 bulan perangai nya semakin menjadi2. sehingga diri ku dipanggil bodoh, dan babi. tapi semua nya ku sabar. berapa hari yg lepas kesabaran ku sampai ke kemuncak 2 tamparan hinggap kedua belah pipi nya. aku sangkakan tanparan tu menginsfkan nya rupanya tidak. sikap nya bertambah dingin semua perkataan keluar carutan, babi, sial, anjing. sampai keharini dia tak menegur dan menyapa ku.sekarang aku banyak habis kan masa di surau. dari aku duduk rumah yg ku rasa seperti kosong. selepas isyak baru ku pulang. byk masa ku kuhabiskan dgan munsabah diri mencari kesilapan dalam diri ku. ku sentiasa berdoa semoga allah lembutkan hati isteri ku supaya menjadi isteri yg soleh taat pada perintah allah. aku berumah tangga bukan kerana nafsu tapi aku perlukan teman berkasih sayang hingga ke akhir hayat. wahai isteri ku abang minta maaf kerana menyakiti mu, biar la kesakitan tu sementara jika di bandingkan kesakitan diakhirat. abg sentiasa memaaf kan mu syg. jadi la isteri yg soleh……

  49. 100 plus Says:

    penulis menggunakan pendekatan nasihat yg keras dan bagi saya,agak biadap..menyakitkan hati lebih daripada menasihati. walaupun berniat baik untuk menegur kelemahan isteri, penulis perlu belajar cara teguran yg sepatutnya mengikut adab islam. terdapat juga beberapa kesalahan fakta,penulis perlu merujuk semula pandangan ustaz@orang2 alim warak. tq.

Leave a Reply